Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerusi Institut Bio-IT Selangor telah menganjurkan “Professorial Lecture: ‘Metabolic and Synthetic Engineering of Marine Microalgal Cell Factories’” yang telah disampaikan oleh Dr. John Archer sempena perlantikkan beliau sebagai Pensyarah Adjung di Institut Bio-IT Selangor UNISEL.

Program diadakan bertujuan memberikan gambaran keseluruhan terhadap projek-projek yang telah dijalankan oleh Dr. John Archer sepanjang penyelidikannya di kilang-kilang kejuruteraan sel fotosintesis mikrob di King Abdullah University of Science and Technology, Saudi Arabia (KAUST) dan kerjasama beliau melalui program bersama dengan UNISEL serta pengalaman dalam menterjemahkan penyelidikan akademik teknologi.

Dr. John Archer dalam ucapannya berkata, “Ini adalah masa yang sesuai untuk melakukan bioteknologi microalgal. Ianya sebagai suatu tindak balas kepada kebimbangan perubahan iklim yang sedang melanda dunia. Tambahan lagi, masyarakat dunia mengakui bahawa terdapat keperluan yang mendesak untuk membangunkan laluan mampan baru untuk bahan kimia dan bahan-bahan untuk menggantikan bahan api fosil.”

Dr. John Archer yang mewakili KAUST juga berkongsi pengalaman beliau sewaktu bersama-sama menjayakan "Green Chemistry Collaboration" bersama Institut Bio-IT Selangor UNISEL sepanjang tahun 2007 hingga 2010.

Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Nor bin Nawawi, Timbalan Naib Canselor UNISEL, Prof. (E) Dato’ Dr. Abdul Latif Bin Ibrahim, Pengarah Institut Bio-IT Selangor dan pengurusan tertinggi universiti. Program yang berlangsung di LT2 UNISEL kampus Shah Alam menyaksikan penglibatan hampir 100 orang peserta termasuk pensyarah serta pelajar.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online