Keterujaan seorang ibu yang ingin mendaftarkan anaknya untuk melanjutkan pelajaran terserlah di wajah Puan Olivia. Empat tahun menetap di Malaysia, hatinya terpaut dengan keindahan negara ini. Berasal daripada negara Zambia iaitu sebuah negara yang terletak di selatan benua Afrika, Puan Olivia hadir pada hari ini ke Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya bagi mendaftarkan anaknya, Tabu Musukwa bagi mengikuti program Pengajian Asasi Teknologi Maklumat.

"Sebagai ibu, saya memilih UNISEL kerana persekitaran disini amat sesuai untuk anak saya belajar kerana mempunyai suasana luar kota yang sesuai untuk aktiviti pembelajaran. Suasana di kampus Bestari Jaya membolehkan anak saya melakukan aktiviti riadah selepas waktu kuliah," kata Puan Olivia yang mengikuti Hari Pendaftaran Kemasukan Januari 2017 di sini.

Tambah Puan Olivia lagi, kemudahan yang disediakan oleh UNISEL terutama sekali dari segi penginapan merupakan yang terbaik berbanding universiti lain.

"Jika sebelum ini, saya pernah ke beberapa universiti lain, namun kemudahan prasarana di UNISEL adalah yang paling terbaik. Saya sendiri memandu daripada Kuala Lumpur ke Bestari Jaya untuk memastikan segala kemudahan dan kelengkapan pembelajaran adalah seperti yang dikhabarkan. Bagi saya UNISEL adalah pilihan yang terbaik untuk anak saya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti."

Peningkatan jumlah pelajar antarabangsa merupakan satu pencapaian yang amat luar biasa dengan kehadiran pelajar-pelajar dari negara luar antaranya Oman, Somalia, Afrika Selatan, Zambia, Indonesia, Bangladesh, Sudan serta beberapa negara lain. Ini telah membuktikan bahawa UNISEL bukan sahaja menjadi pilihan pelajar dalam negara malahan juga pelajar-pelajar antarabangsa.

Justeru itu, buat para pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, kemasukkan Januari akan dilanjutkan sehingga 3 Februari 2017 nanti. Pendaftaran menerusi laman sesawang universiti di www.unisel.edu.my atau menghubungi terus pejabat Pemasaran & Kamasukkan di talian 03-55223400 / 012-3401740 / 011-33907681

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online