Persediaan ke alam industri bukan hanya bermula ketika pelajar-pelajar menghadiri latihan industri, bahkan pelajar-pelajar kejuruteraan dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) Unisel, telah banyak didedahkan kepada ilmu, kemahiran dan keperluan industri sepanjang keberadaan mereka di fakulti sebagai persiapan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebagai seorang jurutera. Selain itu, aktiviti-aktiviti dan pendedahan kepada dunia sebenar kejuruteraan sememangnya dititik beratkan oleh Engineering Accreditation Council (EAC), satu-satunya badan akreditasi yang diamanahkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia untuk menilai program-program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang ditawarkan di institut-institut pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia.

Secara umumnya, lawatan sambil belajar ke industri, tapak-tapak pembinaan, bangunan jimat tenaga, stesen janakuasa elektrik dan banyak lagi telah acap kali dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan. Lawatan-lawatan seperti ini telah dirancang di awal semester dan dijadikan sebahagian dari penilaian bagi kursus-kursus yang terbabit. Antara penilaian yang dilakukan adalah penyediaan laporan tentang apa yang dapat dipelajari dan difahami dari lawatan yang di ikuti, pembentangan, tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Lawatan-lawatan ini telah dilaksanakan bagi memenuhi kepada kehendak program untuk memperlihatkan kesinambungan teori asas-asas kejuruteraan kepada amali/praktik sebenar di alam pekerjaan kelak.

Pelajar-pelajar ini didedahkan kepada keterluasan bidang ilmu, kemahiran dan teknologi-teknologi kejuruteraan baru khasnya seperti perisian, teknik-teknik rekabentuk, sistem-sistem yang digunapakai di industri, ujikaji yang dijalankan ke atas produk-produk yang dikeluarkan dan sebagainya. Selain itu, adaptasi industri di dalam kurikulum program-program kejuruteraan di Unisel secara amnya telah dapat membantu pelajar dari segi pendedahan kepada dunia pekerjaan, pengurusan masa, aspek-aspek keselamatan dan banyak lagi.

Pada tahun 2016, beberapa siri lawatan telah berjaya dikelolakan. Antaranya ialah lawatan ke bangunan Suruhanjaya Tenaga atau Diamond Building di Putrajaya, lawatan ke Kumpulan Melaka Berhad (KMB) Solar Farm di Melaka, Stesen Janakuasa Elektrik Biopower Climate Care Biogas, lawatan ke tapak pembinaan sekolah di kawasan sekitar Pantai Dalam, Canon Opto (M) Sdn. Bhd. dan beberapa lagi. Adaptasi industri ini akan diteruskan agar lebih banyak pendedahan dapat diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program kejuruteraan dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Unisel bagi melahirkan graduan kejuruteraan yang cemerlang, terbilang dan professional.

SITI BIRKHA MOHD ALI,
Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online