Ketika dunia pendidikan masa kini kian mencabar, pelbagai inisiatif telah diambil bagi meningkatkan imej Universiti Selangor (UNISEL) dalam usaha untuk memastikan universiti ini menjadi peneraju kepada transformasi pendidikan negara khususnya.

Prof Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL berkata, bagi memacu universiti ke arah perubahan, pelbagai langkah telah diambil antaranya mengoptimumkan sumber tenaga serta baik pulih infrastruktur di kedua-dua buah kampus. Keutamaan dari segi hubungan di antara pihak luar juga turut dititikberatkan.

"Kunjungan hormat kepada Dato' Menteri Besar Selangor, Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor, Canselor serta Pro Canselor merupakan pendekatan awal yang diambil bagi meningkatkan imej UNISEL" katanya ketika menyampaikan amanat Presiden dan Naib Canselor UNISEL 2017 yang berlangsung pada hari ini di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya.

Tambah beliau, pelbagai program kemasyarakatan dilakukan menerusi program cakna bagi memastikan UNISEL menjadi pusat pendidikan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. Program ke Jepun, Korea, Indonesia dan Kazakhstan, merupakan pendekatan yang diambil bagi mengimarahkan program pengantarabangsaan di kalangan pelajar.

Selain itu, UNISEL juga bakal meneruskan kebitaraan pendidikan dengan penubuhan Selangor Business School bagi menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan tuntutan korporat, perniagaan, industri dan sektor awam. Tambah beliau, Selangor Business School bakal beroperasi di Menara PKNS yang bertempat di Petaling Jaya.

Dalam pada itu, mengakhiri ucapan amanat tahun 2017 pada hari ini, warga UNISEL telah menerima perkhabaran gembira apabila Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman mengumumkan kenaikan gaji berkuatkuasa pada Januari 2017. Penantian selama lima tahun disambut dengan gembira dan rasa syukur oleh seluruh warga universiti.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online