Sempena sesi persekolahan yang bakal dibuka kurang lagi dari dua minggu, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman,Naib Canselor UNISEL hari ini telah berbesar hati menyerahkan sumbangan bantuan sesi persekolahan 2017 dalam majlis yang serba ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, Kampus Shah Alam.

Sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM300 setiap seorang itu diagihkan kepada 75 orang staf sokongan gred 32 ke bawah. Daripada jumlah tersebut, seramai 31 orang staf telah menerima bantuan di kampus Shah Alam manakala selebihnya 44 orang staf di kampus Bestari Jaya pula bakal menerima penyerahan bantuan dalam majlis yang akan diadakan esok di Canseleri Kampus Bestari Jaya.

Dengan sumbangan bantuan persekolahan yang diberikan ini diharap dapat membantu meringankan beban staf dari segi persediaan persekolahan anak-anak mereka serta memberi semangat baru kepada semua staf untuk meraikan tahun baru 2017 yang bakal tiba.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online