Seramai 37 orang pelajar tahun akhir Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) Universiti Selangor hari ini telah mempamerkan projek masing-masing sempena “Visual Art Exhebition 2016” atau juga dikenali sebagai VEX 2016.

VEX 2016 yang pertama kalinya diadakan setelah tiga fakulti iaitu Fakulti Komunikasi dan Media, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat bergabung merupakan satu langkah transformasi dalam menghasilkan mahasiswa yang kreatif.

Menurut Dr Rina Abd Shukor yang juga merupakan pensyarah fakulti terbabit berkata, pameran ini meliputi beberapa skop antaranya penjenamaan, periklanan, photo journalism, public service announcement serta packaging. Beliau turut berharap agar karya seni yang dipamerkan ini mampu membuka mata pihak luar dan mampu memberi sumbangan dalam pelbagai sektor khususnya di negeri Selangor.

Pameran yang bermula pada 14 hingga 16 Disember 2016 ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Turut hadir Prof. Dr. Mohd Nor Nawawi, Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim, Dekan FCVAC serta Prof. Dr. Abd Shukor Hashim, Timbalan Dekan FCVAV.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online