Kelab Ragbi Marlins Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti UNISEL baru-baru ini telah menganjurkan Klinik Ragbi Negeri Selangor 2016 bertempat di Pusat Sukan IPIS Kampus Bestari Jaya. Seramai 80 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Negeri Selangor telah mengambil bahagian dalam program ini.

Programdiadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berkenaan sukan ragbi. Apa yang lebih menarik, jurulatih daripada England iaitu Mr. Andrew Pritchard turut hadir memeriahkan program. Selain daripada perkongsian ilmu dan pengalaman, turut diadakan bengkel formasi serta sesi drill. Latihan di padang turut diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar mempraktikan segala ilmu yang dipelajari.

Majlis perasmian dihadiri oleh Prof Dr Shaharuddin bin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor, En. Amidi Abdul Manan, Dekan HEP, En. Izwan Suhadak Ishak, Penagarah COMNET serta penasihat Kelab Ragbi Marlins UNISEL, En Ezwan Shah Abd Majid.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online