Sempena Majlis Istiadat Konvokesyen UNISEL yang diadakan baru-baru ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor tidak melepaskan peluang unutk mengadakan Festival Konvokesyen UNISEL (FESKONISEL). Festival ini telah diadakan selama empat hari sepanjang majlis Istiadat berlangsung.

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur rapi oleh pihak MPP bagi memastikan festival ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang meriah. Secara rentetannya, majlis perasmian FESKONISEL telah diadakan pada 4 November 2016 dan dirasmikan sendiri oleh Presiden & Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman.

Teruja dengan sambutan meriah FESKONISEL, Yang Berbahagia Naib Canselor turut tidak melepaskan peluang melawat sekitar tapak Festival dan sempat merasai beberapa juadah yang turut dijual di situ. Pada sebelah malam pula telah diadakan program bual bicara bersama Ustaz Abdullah Khairi. Program pada malam itu juga turut diiringi oleh alunan Qasidah pelajar UNISMART.

Keesokan harinya pula iaitu pada hari pertama konvokesyen, aktiviti FESKONISEL dijalankan seawal jam 8 pagi dan disambut meriah dengan kehadiran graduan-graduan dan juga keluarga yang teruja untuk menyaksikan anak-anak mereka bergraduat.

Pengisian program pada sebelah malam pula diadakan Forum Krisis Ekonomi oleh Prof. Nazari, Dr. Zulkifli Hassan dan Ganeswaran Kana yang disusuli dengan persembahan daripada kumpulan nasyid tersohor negara, Rabbani.

Pada hari kedua pula telah diadakan aktiviti UNISEL RUN yang mendapat sambutan meriah daripada pelajar-pelajar sendiri. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan forum bersama Imam Muda Fakhrul dan disusuli oleh persembahan daripada Broo Twinz dan penyanyi yang sedang meingkat naik, Khai Bahar.

Perasmian penutup program telah dirasmikan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar iaitu En. Amidi Abdul Manan. Selain program ilmiah, antara aktiviti lain yang mendapat sambutan para pengunjung adalah Suppa Duppa, Basking, Zoonisel, Roller Blade, Silat Fighter, Pet Bottle Race, Dapur UNISEL, pertandingan pakaian beragam bagi kanak-kanak serta Autoshow.

Kebanyakan pengunjung yang amat gembira dan memberi maklum balas yang sangat positif. Rata-rata ibu bapa yang hadir membawa anak-anak kecil ternyata berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan dan memuji Universiti Selangor kerana bejaya mengadakan Festival Konvoskeyen ini. Ini kerana tidak semua universiti mengadakan program sebegini terutama sekali ketika majlis konvokesyen.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Istiadat Konvokesyen UNISEL kali ke 11. Tahniah juga kepada Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL yang berjaya mengadakan FESKONISEL 2016. Diharap kita semua dapat bertemu lagi pada tahun hadapan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online