Seramai 300 orang kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) telah berkampung di Kampus Bestari Jaya bagi meraikan Hari Keluarga UNISEL yang buat julung kalinya diadakan. Sambutan daripada kakitangan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing yang sangat ‘sporting’memberi sokongan. Ada yang membawa anak-anak kecil dan ada juga membawa sebahagian besar keluarga termasuk datuk,nenek serta cucu.

Walaupun hujan renyai membasahi bumi Bestari Jaya pada pagi tersebut yang menyebabkan pihak penganjur terpaksa menukarkan lokasi perasmian yang pada asalnya di padang Pusat Sukan IPIS dipindahkan ke dewan namun ia tidak mematahkan semangat semua yang hadir. Majlis perasmian yang dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL itu diselangi dengan aktiviti senamrobik dan zumba menyaksikan hampir kesemua staf serta ahli keluarga berseronok bersenam bersama ahli keluarga masing-masing.

Acara seperti mewarna dan melukis yang berlangsung di dewan Pusat Sukan bukan sahaja menyaksikan pertarungan bakat diantara anak-anak malah dapat menjadi medan bagi ibu bapa untuk saling mengenali antara satu sama lain. Aktiviti sukaneka pula terbahagi kepada beberapa bahagian. Bagi kategori kanak-kanak 12 tahun, pertandingan lari dalam guni dan junjung mahkota manakala bagi acara bawah 15 tahun pula acara pijak belon dan ‘one in hole’. Bagi kategori 18 tahun pula berlangsung acara cari getah dalam tepung dan ‘musical chair’. Acara keluarga seperti lontaran kasih dan model mumia yang diadakan juga berjaya menggamit suasana hari keluraga dengan gelak ketawa dan gelagat lucu daripada semua yang menyertai acara tersebut.

Pertandingan memancing pula diadakan di Tasik Masjid UNISEL yang disertai oleh kakitangan yang kebanyakannya merupakan kaki pancing tegar. Pelbagai jenis ikan telah dilepaskan untuk dinaikkan oleh peserta pertandingan antaranya keli, patin haruan serta banyak lagi spesis lain. Masing-masing bersemangat untuk mendapatkan pancingan yang paling besar. Pertandingan karaoke yang diadakan di dewan IPIS pada waktu yang sama juga mendapat sambutan lebih 20 orang peserta termasuk anak-anak staf yang mempertaruhkan kehebatan vocal masing-masing umpama menyertai pertandingan “Gegar Vaganza”.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung setelah selesai makan tengah hari bertempat di Masjid UNISEL. Penyampaian hadiah turut diselangi dengan hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan. Antara hadiah yang menjadi rebutan adalah sebuah ‘flat screen tv’ dan juga sebuah penghawa dingin. Program berakhir kira-kira jam 3.30 petang ini merupakan satu platform kepada kesemua staf UNISEL untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Ia juga dapat dijadikan sebagai salah satu program tahunan yang santai untuk mengukuhkan ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan bukan sahaja di dalam pejabat malahan luar waktu bekerja. Ketahuilah bahawa Allah SWT sangat menyukai mereka yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim dan akan mengurniakan pahala yang besar kepada mereka yang menjaga hubungan silaturahim itu.

Terima kasih diucapkan kepada kesemua penaja sepanjang program berlangsung antaranya Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Rizki Partners & Co. Sdn Bhd, PNSB Insurance Brokers Sdn Bhd, Santing Aquair Services Sdn Bhd, Ampura Holdings dan Jito Translink. Terima kasih dan penghargaan juga diucapkan kepada pihak Koperasi Universiti Industri Selangor (KUISB), Masjid UNISEL serta Badan Kebajikan Staf UNISEL di atas tajaan sarapan pagi serta makan tengah hari sepanjang program berlangsung. Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Hari Keluarga UNISEL 2016. InshaAllah,kita jumpa lagi tahun hadapan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online