Jika di universiti lain sukar melihat para penuntutnya bergiat dalam bidang perniagaan secara aktif, berbeza pula di Universiti Selangor (UNISEL). Dengan adanya Pasar Siswa UNISEL yang berkonsepkan pasar malam ini, para mahasiswa diberikan tapak perniagaan yang membolehkan mereka berniaga sendiri dengan mendirikan gerai dan boleh memilih sama ada untuk membuka Gerai Jualan Basah atau Kering.

Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya ketika majlis perasmian Pasar Siswa UNISEL mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua mahasiswa yang mengambil bahagian. Beliau ternyata amat bangga dan teruja apabila melihat lebih 15 gerai yang dibuka semalam dan berharap agar lebih ramai mahasiswa merebut peluang keemasan ini.

Mohd Zaim Al-Imran, pelajar semester satu Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat berkata Pasar Siswa merupakan satu medan yang sangat bagus bagi dirinya untuk mengembangkan lagi pengalaman dalam bidang perniagaan.

"Jika sebelum ini saya pernah berniaga di luar sebelum menjadi pelajar UNISEL dan Pasar Siswa merupakan satu medan untuk saya bergerak sendiri dan berdikari dalam perniagaan. Terima kasih kepada pihak universiti kerana memberi peluang ini kepada kami para mahasiswa".

Penghargaan turut diberikan kepada pihak pengurusan universiti antaranya bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pengetua Unit Kediaman, Unit CICT, Unit Keselamtan serta kakitangan HEP yang memberi peluang dan ruang serta tapak perniagaan kepada para mahasiswa untuk menjalankan aktiviti perniagaan ini.

Pasar yang berkonsepkan pasar malam ini bermula pada jam 4.30 petang hingga jam 10 malam pada setiap hari Rabu. Pasar Siswa bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada mahasiswa untuk mengembangkan perniagaan mereka malah ini dapat melatih diri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online