Seramai 19 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri, Universiti Selangor (UNISEL) telah menjayakan Program Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 3.0 (MOKU3.0) bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Seramai 150 peserta terdiri daripada pensyarah dan pelajar turut hadir bagi memberi sokongan. Program ini mendapat kerjasama penuh Kelab Psikologi Industri (Psych-Inc) dan Pusat Jaringan Komuniti (COMNET). Program ini telah dirangka bertujuan untuk memfokuskan tentang golongan yang istimewa dan juga kesinambungan perjuangan anak-anak muda yang ingin memberikan hak sama rata kepada golongan OKU.

Turut berlangsung adalah majlis pelancaran buku dan video yang bertajuk D.I.A “Disability is Ability” yang dihasilkan oleh pelajar CSR yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penulisan yang diketuai oleh Nurul Shahida Binti Abu Bakar manakala kumpulan produksi pula diketuai oleh Syahirah Binti Omar. Para hadiran turut dihiburkan dengan persembahan daripada Ili Akmal Binti Mohd Razif yang merupakan penghidap autisma dan disleksia yang berkolaberasi dengan LP Band dan Inception. Apa yang lebih menarik, dua buah lagu yang dipersembahkan adalah hasil karya beliau sendiri. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan juga boleh didengar secara online di Spotify, Soundcloud dan Youtube. Lagu Bangkit telah digunakan didalam video dokumentari MOKU 3.0.

Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail Bin Hisham selaku Presiden Persatuan OKU Sabak Bernam diiringi oleh Dr Hamdan Bin Dato’ Haji Mohd Salleh selaku Dekan Pusat Pembangunan Pengajian Asasi (CDFS) UNISEL, Encik Afiq Azri Bin Mohd Ghani penasihat Kelab Psikologi Industri (Psych-Inc) dan Puan Angela Chan Nguk Fong, Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri.

Usaha dan inisiatif yang diambil oleh para daripada Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri yang diketuai oleh Nurafifah Natrah Binti Ahmad Nahar harus diberikan pujian. Program yang mendapat bimbingan sepenuhnya oleh Dr. Hamdan Bin Dato’ Haji Mohd Salleh selaku pensyarah subjek tersebut merupakan kesinambungan perjuangan pelajar CSR yang semester lepas iaitu Mengupayakan Orang Kelainan Upaya dan memperjuangkan hak-hak mereka yang masih lagi sepi. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.

“BUKAN SIMPATI YANG DITAGIH, TAPI HAK YANG DITUNTUT”

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online