Program Sekolah Sahabat Universiti Selangor (SSU) 2012-2013 masuk tahun keempat penganjurannya dan hingga kini hampir 1,000 pelajar Tingkatan 5 (kategori cemerlang/halus) sudah mengikuti program ini yang menumpukan kepada subjek kritikal SPM iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang diajar oleh pensyarah UNISEL. Untuk rekod, program ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan mendapat kerjasama penuh Jabatan Pendidikan Selangor (JPS), membabitkan 400 pelajar dari 10 sekolah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini.

Tahun keempat penganjuran program SSU13 telah memasuki fasa 1 dimana pada April 2013, lebih 50 pesyarah UNISEL turun padang ke 10 buah sekolah SSU2013 memberi tuisyen sebelum ini. Dan kini tiba ke fasa 2, dimana, program SSU13akan berlangsung pada 7 September 2013 (Sabtu), bertempat di Dewan Canselor, Kampus UNISEL, Bestari Jaya (Batang Berjuntai), dengan pengisian ceramah motivasi oleh Dato’ Prof Dr Mat Saat Baki, Pensyarah kanan di Unisel. Program bermula seawal jam 9.00 pagi, manakala perasmian penutup jam 1.00 petang oleh Tuan Haji Mahmud Karim Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor.Turut hadir ialah pengetua daripada 10 buah sekolah yang terpilih, PPD, pegawai JPS, guru kaunseling seramai 20 orang dan penaja.

Program ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility CSR) UNISEL yang amat istimewa dalam mengukuhkan hubungan dengan masyarakat sekali gus dapat mempertingkat dan memperbaiki prestasi akademik pelajar luar bandar.Adalah diharapkan kerjasama berterusan bersama JPS ini akan berterusan bagi mencapai objektif yang dirancangkan di samping meningkatkan pembangunan modal insan yang lebih berkualiti.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online