Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Federation of Asian Biotech Association (FABA). UNISEL diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL manakala pihak FABA pula diwakili oleh Prof. Dr. Prakash Babu dari University of Hyderabad, India.

Menurut Prof. (E) Dato’ Dr. Abdul Latif Ibrahim yang juga merupakan Pengarah Institut Bio-IT Selangor, MoU ini merupakan satu langkah dalam usaha untuk membina hubungan di antara Institut Bio-IT Selangor dengan pihak FABA dalam memperkasakan bidang bioteknologi. Ini juga merupakan kerjasama di antara dua negara, Malaysia dan kerajaan negeri Hyderabad, India.

Turut berlangsung adalah majlis menandatangani Surat Hasrat di antara UNISEL dengan King Abdullah University of Science and Technology, Arab Saudi (KAUST). Ini merupakan permulaan kerjasama antara UNISEL dan KAUST bagi projek penyelidikan micro-algae. LOI ini telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor yang mewakili UNISEL manakala pihak KAUST pula diwakili oleh Dr. John Archer.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online