Persidangan Antarabangsa Revolusi Sains Hayat 2016 (ICLSR 2016) dianjurkan oleh Institut Bio-IT Selangor, Universiti Selangor (UNISEL) telah mengumpulkan seramai 18 penceramah luar dan dalam negara dalam usaha membincangkan perkara berkaitan industri sains hayat.

Persidangan tersebut diadakan selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam dan menyaksikan penglibatan hampir 100 orang peserta. Antara intipati persidangan adalah sesi pleno daripada professor-professor terulung dalam bidang Sains Hayat seluruh dunia termasuk United Kingdom, Korea Selatan, Turki, Indonesia, Arab Saudi, Jepun dan India.

Ucaptama persidangan tersebut telah disempurnakan oleh penceramah yang juga merupakan professor dalam bidang Microbiologi daripada University of Manchester iaitu Prof. Dr. Ian Roberts dan dirasmikan oleh Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor. Turut hadir Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta pengurusan tertinggi UNISEL.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online