Berbeza dengan pertandingan larian yang selalu diadakan pada sebelah pagi, Universiti Selangor (UNISEL) sekali lagi berjaya memecahkan tradisi dengan mengadakan pertandingan larian Glow’Ria Night Run 2016 yang bertemakan ‘night run with glow’. Konsep yang amat berbeza apabila setiap peserta akan berlari bersama barangan bercahaya. Larian sejauh 5 kilometer itu bermula di perkarangan UNISEL ke sekitar bandar Shah Alam dan garisan penamat di perkarangan UNISEL.

Program yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar daripada Pusat Pengajian Asasi dan Umum UNISEL ini menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila jumlah penyertaan mencecah lebih 500 orang peserta yang rata-ratanya merupakan penduduk sekitar kawasan Shah Alam.

Kehadiran Miss Malaysia Earth Fire & Eco-Beauty 2016, Jessica Kueh Mei Fung juga merupakan tarikan utama pertandingan. Menurut Jessica, aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah boleh juga dijadikan sebagai aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Glow’Ria Night Run juga boleh dijadikan platform untuk mendidik anak-anak kecil untuk turut bersama menjalani gaya hidup yang sihat. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UNISEL kerana sudi menjemput saya dan sebagai ikon saya amat menyokong program-program seperti ini kerana ia banyak memberikan manfaat kepada bukan sahaja individu malahan kepada masyarakat setempat."

Program yang bermula jam 8 malam itu menyaksikan Yagnish a/l Nadarajatt berjaya mengungguli tempat pertama bagi kategori lelaki dengan catatan masa 17 minit manakala bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Nor Shila Mohd Fuzet dengan catatan masa 26 minit.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online