Kejayaan manis sekali lagi telah dilakar oleh Universiti Selangor (UNISEL) apabila berjaya merangkul dua pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa pada Pertandingan Rekacipta dan Inovasi, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (PERINTIS 2016). Pertandingan tersebut berlangsung di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kampus Putrajaya di mana UNITEN merupakan tuan rumah bagi penganjuran kali ini.

UNISEL telah menghantar empat kumpulan, dua kumpulan daripada Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat manakala empat lagi kumpulan daripada Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC). Daripada enam kategori yang telah dipertandingkan, UNISEL telah berjaya merangkul 2 emas menerusi kategori ‘Living Necessities’ yang diketuai oleh En. Zahirrudin Idris dan kategori ‘I.C.T, Multimedia & Telecommunications’ yang diketuai oleh En. Muhammad Fairuz bin Abd Rauf.

Dua pingat perak yang telah berjaya dibawa pulang semalam pula dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh En Mohammad Ashri Abu Hassan dan Puan Rohaya Abu Hassan masing-masing menerusi kategori yang sama iaitu ‘I.C.T, Multimedia & Telecommunications’. Manakala kumpulan yang diketuai oleh Nahdatul Akma Ahmad kategori 'I.C.T, Multimedia & Telecommunications' dan Nazlin Hanie Abdullah kategori 'Living Necessities' berjaya meraih pingat gangsa.

Dalam pada itu, majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau. Pertandingan yang diadakan dua tahun sekali ini merupakan pentas terbaik bagi para penyelidik untuk berkongsi ciptaan mereka. Kebanyakan ciptaan mendapat perhatian banyak pihak luar termasuklah pengeluar, pencipta, syarikat perlesenan serta orang awam. PERINTIS 2016 juga merupakan salah satu program yang mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MoHE).

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online