Program ICT Boot Camp 2016 yang telah berlangsung selama dua hari di Kampus Bestari Jaya berjaya menarik minat para pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Selangor (UNISEL). Rata-rata pelajar sekolah yang ditemui ketika Majlis Penutup ICT Boot Camp 2016 anjuran Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor memberi reaksi yang sangat positif.

Menurut Nur Sabrina Rosman, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Petaling Jaya, beliau berpendapat program ini berjaya menarik minat beliau untuk mendalami bidang teknologi maklumat dan sangat berharap dapat melanjutkan pelajarannya di UNISEL kelak. Tambah beliau lagi, UNISEL merupakan sebuah universiti yang terbaik, baik dari segi kemudahan pembelajaran dan juga kemudahan fasiliti.

"Peluang melanjutkan pelajaran di UNISEL merupakan satu peluang yang sangat baik. Satu kerugian bagi mereka yang tidak menghadiri program ini kerana kami bukan sahaja diberi pendedahan mengenai ilmu teknologi maklumat malah diberi peluang untuk mengenali UNISEL dengan lebih dekat. Kemudahan disediakan termasuk asrama yang cantik menarik minat saya untuk menyambung pelajaran di sini nanti."

Dalam pada itu, program hasil cetusan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi ini bertujuan untuk melahirkan bakal-bakal penggerak IT di negara kita untuk persediaan pada masa hadapan. Seramai 380 orang pelajar dari 10 buah sekolah menengah sekitar negeri Selangor telah turut serta.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online