Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali membuat kejutan kepada tiga penerima anugerah kecemerlangan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Ke-11 dengan menyumbang RM10 ribu setiap seorang. Pengumuman dibuat pada sidang pertama Istiadat berlangsung yang telah disempurnakan oleh Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL

Suasana Dewan gamat dengan tepukan para graduan ketika pengumuman tersebut dibuat oleh pengacara setelah mendapat mandat oleh Dato' Menteri Besar ketika Istiadat sedang berlangsung. Sesungguhnya keperihatinan Dato' Menteri Besar ini dilihat sebagai satu tanda pengkitirafan beliau atas usaha keras para pelajar selama ini.

Dalam pada itu, dengan sumbangan tambahan tersebut telah menjadikan penerima Anugerah Canselor, Muhammad Asiff Razif Shah Ranjit menerima RM15,000 secara keseluruhan, penerima Anugerah Pengerusi, Ganasan a/l Krishnan pula RM13,000 manakala penerima Anugerah Naib Canselor, Nurrul Alifah Awg Norjalim pula menerima RM12,500.

Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato' Menteri Besar dalam satu majlis makan malam khas pada 6hb Nov yang telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam bagi meraikan penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Sosial, Dr Ahmad Totonji serta anugerah kecemerlangan akademik.

Dalam majlis yang sama, hadiah pertandingan Keceriaan Jabatan/Fakulti telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tempat pertama dimenangi Pejabat Bendahari yang menerima wang tunai sebanyak RM3000. Tempat kedua oleh Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial yang menerima RM2000 manakala tempat ketiga oleh Jabatan Seni Visual yang menerima RM1000.

Hadir malam tadi memeriahkan majlis adalah Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor serta YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Istiadat Konvokesyen berlangsung pada 5hb Nov dan akan berakhir pada hari ini diadakan di Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor telah menyaksikan seramai 2994 graduan bergraduat. Selain itu, kemeriahan istiadat turut diwarnai dengan Festival Konvokesyen (Feskonisel) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar. Antara artis yang hadir memeriahkan festival termasuk kumpulan nasyid Rabbani, Najwa Latif dan ramai lagi.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online