Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan hari ini telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan bersama semua warga universiti.

Dalam ucapannya, beliau menekankan perancangan untuk menaik taraf fasiliti di kedua-dua buah kampus. Antara yang menjadi tumpuan beliau adalah untuk menaik taraf bilik kuliah bagi kemudahan pelajar dan pensyarah.

Pemasangan penghawa dingin yang menelan kos sebanyak RM15 juta juga telah dilakukan dan ini merupakan bukti kesungguhan beliau dalam memastikan keselesaan kepada semua warga UNISEL.

Pemasangan pagar dan penanaman pokok di Kampus Bestari Jaya juga giat dijalankan untuk menjadikan UNISEL sebagai sebuah kampus hijau yang memelihara alam sekitar serta mempertingkatkan kualiti persekitaran kampus.

Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kakitangan yang berjaya mendapat penajaan geran bagi projek-projek penyelidikan. Ini membuktikan UNISEL telah berjaya mendapat kepercayaan untuk melakukan penyelidikan ilmiah.

Di akhir ucapan, beliau turut mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Pengindahan Dan Keceriaan antara jabatan dan fakulti yang telah dimenangi oleh Pejabat Bendahari dan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM3000.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online