“Seminar Sukan Untuk Semua : Memacu Pembangunan Belia 2013” telah dianjurkan Pusat Pendidikan Siswazah Unisel dengan kerjasama Pejabat Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan bertempat di LT1 Unisel Kampus Shah Alam.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, En. Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan turut dihadirioleh Timbalan Naib Canselor Unisel ‘Hal Ehwal Pelajar’, Prof Madya Zainal Bin Kidam serta Timbalan Dekan Pusat Pendidikan Siswazah, Prof. Madya Dr. Gunasegaran Karuppannan serta penceramah yang terlibat.

Untuk makluman, Seminar merupakan kertas wajib yang perlu diambil pelajar ijazah lanjutan di Unisel sebagai syarat penganugerahan  Ijazah Sarjana  Pendidikan dan Sains Sosial. Memenuhi syarat ini setiap mahasiswa/i perlu mengelola seminar-seminar yang berkaitan dengan bidang pengajian. Seminar ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial  dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dan seterusnya dapat   mengikis  gejala-gejala dan budaya tidak sihat yang melanda golongan belia amnya masa kini.

Antara objektif pengelolaan seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan  sukan yang menyeluruh bukan sahaja  kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat dan negara, disamping dapatmemberi input menyeluruh kepada peserta  dari aspek amalan dan pengurusan sukan peringkat komuniti atau persatuan. Adalah diharap melalui pendedahan ini peserta mampu mengurus sesuatu pertandingan dengan sempurna dan mewujudkan suasana persaingan sihat, sikap muhibbah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan.

Selain itu, Seminar juga bertujuan memupuk minat yang mendalam terhadap sukan dan gaya hidup sihat. Golongan belia adalah golongan yang terdedah dengan budaya tidak sihat. Melalui seminar sukan ini diharap membuka persepsi golongan ini dengan melihat sukan sebagai agen perubahan diri dan masyarakat ke arah hidup yang lebih sihat dan sejahtera. Mereka juga menjadi mata dan telinga dalam membasmi gejala tidak bermoral yang berleluasa pada masa kini. Pengetahuan dalam aspek keselamatan dalam sukan. Elemen yang ditekankan adalah risiko-risiko kecederaan dalam sukan berprestasi tinggi (sport injuries). Pengetahuan ini akan membantu peserta supaya bijak mengurus tekanan dan  kecederaan yang dialami dalam bersukan.

Seminar yang berlangsung selama satu hari ini telah berjaya  menjadi sebahagian daripada agen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan kelompok peserta yang hadir. Dalam perspektif ini, Unisel adalah antara universiti yang terbukti berjaya menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional. Menyedari hakikat bahawa belia adalah pewaris kepimpinan negara masa akan datang, mereka diberi ruang seluas-luasnya untuk saling berinteraksi dalam setiap sesi seminar yang telah dijalankan ini.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online