Puas hati dan selesa itu antara ungkapan balas yang diperolehi apabila diajukan pertanyaan kepada kebanyakkan Ibubapa yang datang menghantar anak-anak mereka mendaftar di Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya pada hari ini.

Pendaftaran pelajar baharu bagi kemasukkan Oktober yang berlangsung pada hari ini telah diubah lokasi ke Dewan Naib Canselor kerana Dewan Canselor sedang dinaik taraf bagi persiapan Istiadat Konvokesyen ke-11 yang bakal berlangsung pada 5hb Nov ini.

Ibubapa yang ditemui berkata mereka berpuas hati kerana tempat menunggu pendaftaran dekat dengan kafetaria serta kolej kediaman. Bagi mereka kemudahan seperti ini penting kerana ada diantara mereka yang datang dari jauh dan bergerak awal pagi.

Bagi mereka masa menunggu anak-anak juga tidak terasa lama sebab mereka dapat minum dan makan di kafetaria. Kemudahan lain seperti Pasar Mini, surau, mesin ATM, tandas serta tempat berehat juga semuanya dibawah satu tempat iaitu di Dewan Naib Canselor.

Menurut En. Hafiz Zainuddin, Penolong Pengetua Asrama di Kampus Bestari Jaya, Ibubapa yang hadir tidak langsung merungut semasa mendaftar anak-anak mereka ke Asrama. Mungkin disebabkan faktor tempat pendaftaran pelajar dengan pendaftaran asrama dibawah satu bumbung.

Tambah beliau lagi, Ibubapa pada hari ini kebanyakkannya tidak perlu lagi untuk datang kedua lokasi yang berasingan. Ini kerana faktor cuaca serta masa amat penting buat ibubapa kerana ada diantara mereka yang harus bergerak pulang awal ke rumah setelah selesai pendaftaran anak masing-masing.

Dalam pada itu, pendaftaran pelajar baharu masih lagi rancak berlangsung. Bagi para pelajar yang masih belum tiba, semua petugas pendaftaran akan melayani anda sebaik tiba disini. Pendaftaran bagi kemasukkan Oktober ini juga bakal dilanjutkan sehingga 28hb Oktober 2016 kerana mendapat sambutan yang cukup mengalakkan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online