Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan usahawan berketerampilan di negara ini, Kelab Usahawanan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Selangor (UNISEL) akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar ke Indonesia untuk memberikan pendedahan secara langsung mengenai konsep keusahawanan kepada para pelajar.

Majlis Simbolik Pelepasan Peserta yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Kampus Shah Alam pada 21 Oktober 2016. Majlis dihadiri oleh Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Tengku Shahrom Tengku Shahdan, Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan serta pelajar yang bakal terbang ke Padang, Indonesia.

Menurut Prof. Madya Tengku Shahrom, beliau berharap agar para pelajar dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru. Program ini juga dijadikan landasan kepada pelajar membina keyakinan diri dengan mengembara ke tempat baru. Prinsip “jauh perjalanan, luas pemandangan” harus ada dalam diri pelajar supaya ia dapat dijadikan inspirasi dalam kehidupan seharian.

Seramai 16 orang pelajar akan berlepas ke Padang, Indonesia pada 24 Oktober ini dan akan melawat Universiti Andalas, Padang, Indonesia. Kesemua mereka akan diiring oleh Dr. Norish Aminudin, Pensyarah di Fakulti Perniagaan & Perakaunan. Diharap dengan adanya program seperti ini dapat memberi pengetahuan baru kepada pelajar dan kemudiannya berkongsi bersama-sama rakan-rakan yang lain.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online