Program Pengantarabangsaan ke Indonesia adalah merupakan hasil kerjasama di antara UNISEL dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat sendiri perbezaan budaya negara luar disamping memperkenal dan mempromosikan UNISEL di luar negara.

Majlis Simbolik Pelepasan Program Pengantarabangsaan telah diadakan di UNISEL Kampus Bestari Jaya yang telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor dengan diringi Prof. Dr. Mohd Zaidi Hajazi, Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan Prof. Dr. Mohd Nasir Saadon, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat.

Menurut Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, antara hasrat utama yang telah dibincangkan oleh kedua-dua pihak iaitu UNISEL dan Kerajaan Negeri Selangor adalah memberi peluang kepada para pelajar berbakti kepada masyarakat selain memberi pendedahan antarabangsa kepada para pelajar. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengembara dan melihat lebih dekat lagi budaya negara luar.

Delegasi UNISEL akan berangkat ke Indonesia pada 21 sehingga 27 Oktober ini terdiri daripada enam program berbeza di bawah seliaan enam orang pensyarah. Seramai 48 orang pelajar daripada Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial akan menjelajah sekitar Indonesia antaranya Delegasi Akademik ke Gagasceria Innovative Education Bandung.

Selain itu, pelajar juga akan mengadakan latihan praktikal dan mengajar dibeberapa buah universiti antaranya Universiti Utara Medan (USU), Universitas Lancang Kuning Riau, Perpustakaan Bina Darma, Palembang dan tidak dilupakan juga program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ISM Psikologi Industri (Kepujian) di Universitas Mercu Buana, Jakarta.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online