Senamrobik di Kompleks Sukan Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya mendapat sambutan warga universiti serta penduduk kawasan sekitar Kampung Bestari Jaya. Program yang diadakan selama 2 jam ini bertujuan menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Bersukan menjelang Wawasan 2020.

Pelbagai acara menarik dilakukan antaranya aktiviti senamrobik, zumba serta cabutan bertuah. Rata-rata peserta khususnya pelajar yang hadir pada hari ini berasa seronok dan berpuas hati kerana dapat mengeluarkan peluh dan beriadah kerana ianya mampu menghilangkan tekanan setelah penat mengulangkaji pelajaran.

Turut hadir dalam program ini adalah Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Tim. Naib Canselor, Tuan Haji Amidi Abdul Manan, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr Mohd Norazwan A.Bakar, Pengarah Pusat Sukan, En. Muhammad Jinal Ariffin, JKKK Kg Bestari Jaya serta Haji Sapaki Ahmad Sayuti, JKKKP Kg Bestari Jaya.

Antara objektif utama program ini adalah untuk melahirkan warga UNISEL yang bukan sahaja aktif dalam akademik malah melahirkan modal insan yang berkualiti dalam bidang sukan. Semangat kesukanan juga turut dirasai dengan penyertaan sebahagian penduduk sekitar kawasan Kampung Bestari Jaya.

Menerusi acara Senamrobik ini, penganjur telah berjaya mengeratkan silaturrahim warga UNISEL bersama komuniti setempat. Diharap program seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap agar dapat memupuk minat kesukanan malah menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara kita.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online