“Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” – Surah Al- Ashr (1-3)

Berikut merupakan intipati yang telah dikongsikan oleh En. Hasri bin Harun yang juga merupakan pensyarah di Pusat Perkembangan dan Pengajian Asasi, Universiti Selangor (UNISEL) pada sesi Ceramah Bulanan yang telah diadakan di Dewan Pro-Canselor Kampus Shah Alam, pada jumaat lepas.

Menurut beliau lagi, sebagai seorang muslim kita seharusnya saling memberi peringatan antara satu sama lain agar kita dapat mencapai penyatuan ummah. Sesungguhnya setiap tindakan individu dalam memperingati antara satu sama lain demi kebaikkan bersama adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Ceramah yang diadakan setiap bulan ini selain bertujuan untuk berkongsi ilmu, ia juga merupakan satu medan untuk merapatkan ukhuwah di antara staf UNISEL. Turut hadir ialah Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor serta staf akademik dan pentadbiran Kampus Shah Alam.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online