Yuran pendidikan percuma menerusi Skim Dermasiswa mendapat sambutan cukup mengalakkan daripada para pelajar. Skim yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor semasa sesi pengulungan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor baru-baru ini merupakan sebahagian daripada ‘Corporate Sosial Responsibility’ (CSR) Universiti Selangor (UNISEL) kepada masyarakat diluar sana demi agenda Merakyatkan Pendidikan.

Demikian itu, jika dapat diberi perhitungan dalam jumlah ringgit Malaysia, UNISEL sebenarnya telah membelanjakan lebih daripada RM912,000.00 dengan peratusan sebanyak 52% Bagi sesi kemasukkan Tahun Asas pada Mei 2016 yang lalu dimana para pelajar ini telah memilih untuk mengikuti pengajian secara percuma. Jumlah ini adalah meliputi hanya pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi Maklumat diawal pelancaran skim pengajian percuma ini.

Manakala bagi kemasukkan Oktober 2016 pula peratusannya semakin meningkat kerana universiti telah memperluaskan skim pengajian percuma kepada semua bidang pengajian Tahun Asas berbanding sebelum ini. Jika tarikh terkini dengan berlangsungnya Majlis Ikrar Pelajar di Kampus Bestari Jaya pagi tadi diambil kira, difahamkan sejumlah 98.5% pelajar telah memilih untuk mengikuti skim pengajian percuma dengan ringgit Malaysia bernilai lebih daripada 1.5 Juta, dan dijangka meningkat kerana pendaftaran masih dibuka.

Dalam perkembangan yang sama, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL ketika dihubungi melahirkan rasa bangga beliau apabila skim pengajian percuma yang telah ditawarkan mendapat sambutan pelbagai kaum di Malaysia. Tambahnya lagi, ini adalah selari dengan hasrat dan objektif utama skim ini diperkenalkan iaitu untuk membuka peluang pendidikan seluas-luasnya kepada semua lapisan masyarakat merentasi negeri dan kaum terutamanya yang tidak berkemampuan.

Oleh itu, adalah menjadi kerugian bagi pelajar yang mempunyai kecemerlangan akademik tetapi tidak mempunyai peluang memajukan diri ke peringkat yang lebih tinggi atas alasan kekangan kewangan. Bagi tujuan tersebut, tawaran pengajian percuma menerusi skim ini masih dibuka bagi kemasukan Oktober 2016 sehingga 7 Oktober 2016, dan bagi para pelajar yang berminat bolehlah menghubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03 5522 3400 / 3432 / 011 - 2386 8569 atau memohon secara dalam talian di laman sesawang universiti www.unisel.edu.my.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online