Yuran Pengajian percuma kepada pelajar yang mengikuti pengajian Program Tahun Asas antara tarikan utama para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Selangor (UNISEL). Ini dibuktikan dengan sambutan hebat pendaftaran yang sedang berlangsung dimana 4 program telah ditawarkan iaitu Program Asas TESL, Teknologi Maklumat, Sains serta Pengurusan.

Pavitra a/p Amirtalingham, pelajar program Tahun Asas Pengurusan ketika ditemui setelah selesai mendaftar, berasa sangat teruja untuk melanjutkan pelajaran di UNISEL. Menurutnya lagi, beliau memilih UNISEL kerana mendapat dorongan daripada kawan yang belajar di sini serta tertarik dengan Skim pengajian percuma

Manakala itu, rata-rata ibu bapa pula yang ditemui pada hari ini berasa teruja mendaftarkan anak-anak mereka disamping mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan pendaftaran UNISEL yang telah memastikan sesi pendaftaran berlangsung dengan begitu sistematik.

Turut hadir pada hari pendaftaran ini adalah Dr. Hamdan Dato' Mohd Salleh, Dekan Pusat Perkembangan dan Pengajian Asasi UNISEL. Menurut beliau, terdapat peningkatan dalam kemasukan pelajar pada sesi kali ini. Skim Dermasiswa juga merupakan faktor utama yang menarik minat pelajar.

Menurut beliau lagi, Program Tahun Asas bukan sahaja menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda malah juga membantu pelajar dari segi pembangunan kendiri kerana UNISEL bukan sahaja menyediakan pendidikan di kuliah, malah menyediakan aktiviti yang membentuk jati diri serta mengasah bakat kepimpinan.

Sesi pendaftaran yang berlangsung pada hari ini akan dilanjutkan sehingga hari jumaat depan iaitu 7 Oktober 2016. Sehubungan itu, bagi bakal pelajar diluar sana yang berminat untuk menjadi sebahagian keluarga besar UNISEL, boleh berhubung terus ke Pejabat Pemasaran dan Kemasukan bagi kedua-dua kampus di talian 03-5522 3400 / 3432.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online