Buat julung kalinya Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran (FCVAC) UNISEL bekerjasama dengan Galeri TAPAK telah mengadakan "SYMPOSIUM ART" bertempat di Dewan Pro Canselor, Kampus Shah Alam, hari ini. Symposium Art ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya Shah Alam Biennale 2016 yang bermula pada 21 September hingga 1 Oktober 2016.

Symposium menampilkan beberapa orang panel antaranya En. Mohamad Fairuz Mohd Pilus dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Norunnuha Datuk Haji Nawawi, Penasihat Harta Intelek dari Norunnuha Sdn. Bhd. dan Hafizah Hana dari Hafizah Hana & Associates. Moderator pada program hari ini adalah Prof. Dr. Abd Shukor Hashim, Tim. Dekan (Sumber & Pembangunan) Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran UNISEL.

Antara isu yang dikupas adalah mengenai hak cipta karya seni yang mana dapat memberi kesedaran kepada para pelajar supaya sentiasa menjaga dan melindungi karya masing-masing. Selain itu turut dikupas adalah isu-isu semasa berkaitan dengan saman dan ganti rugi yang melibatkan hak cipta karyawan. Seramai lebih 50 orang peserta hadir termasuk para pelajar dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran serta delegasi seni dari luar negara antaranya dari Norway, Amerika Syarikat, Pakistan dan Brunei.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online