Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Institut Bio-IT dengan kerjasama Sekolah Islam Al-Farabi telah menubuhkan Taman Mini Botanik Al-Quran. Bagi tujuan tersebut maka pada hari ini telah berlangsungnya majlis Penyerahan Cek bagi projek tersebut yang diadakan di Sekolah Islam Al-Farabi, Kg Delek, Klang.

Majlis yang dimulai dengan iringan nasyid khas daripada para pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Farabi ini dihadiri oleh YB. Dr Hjh Halimah Ali, ADUN Selat Klang yang juga Penaung Quranic Botanic Garden Al-Farabi, Prof. Emeritus Dato' Dr Abdul Latif Ibrahim, Pengarah Bio-IT UNISEL serta Tn Hj Daud bin Dollah, Ahli Lembaga Pengurus Sekolah.

Acara penyerahan sumbangan cek bernilai RM 6 ribu telah disumbangkan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Latif yang juga merupakan Penaung bersama Quranic Botanic Garden Al-Farabi. Berlangsung secara sederhana, majlis adalah sebagai tanda penghargaan kepada usaha para pelajar selama ini.

Menurut Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Latif Ibrahim, beliau berpendapat bahawa dengan adanya taman botanic ini dapat mewujudkan kesedaran terutamanya dalam kalangan pelajar mengenai tumbuh-tumbuhan terutamanya yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.

Projek Taman Mini Al-Quran ini merupakan cetusan idea oleh YB Dr Hjh Halimah Ali yang bertujuan mengharmonikan pengetahuan Islam (Al-Quran) dikalangan para pelajar selain mewujudkan kesedaran mereka mengenai pemuliharaan dan kepentingan tumbuh-tumbuhan serta kepenggunaanya.

Diantara tumbuhan yang ditanam atau diperkenalkan di taman botanik ini adalah pokok delima, pokok selasih, pokok tamar dan banyak lagi. Simbolik penanaman pokok zaitun dan pokok delima juga turut diadakan pada hari ini. Majlis yang bermula jam 2.30 petang itu berakhir pada jam 4.30 petang.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online