Kegigihan pelajar Universiti Selangor (UNISEL), Mohd Zohri Ruslan menuntut ilmu walaupun dalam keadaan berkerusi roda mendapat perhatian seluruh warga UNISEL. Beliau mengambil jurusan Asasi Teknologi Maklumat di Kampus Bestari Jaya.

Anak terakhir dari tiga orang adik beradik ini, ketika ditanya mengenai cabaran secara peribadinya tidak menafikan bahawa adakalanya beliau mengalami kesukaran dari segi pergerakan misalnya untuk bergerak ke kelas kerana masalah kaki yang dialaminya.

Namun, dengan bantuan rakan-rakannya beliau dapat mengatasi kesukaran tersebut. Beliau juga menjadikan keluarga terutamanya ibubapa sebagai motivasi dalam menuntut ilmu. Tambahnya lagi, ini kerana merekalah yang menjaga beliau dengan baik sejak dari kecil lagi.

“Alhamdulillah di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih terutama kepada ibubapa dan juga keluarga yang telah menyokong dan memberi semangat kepada saya sejak dari kecil termasuk rakan-rakan selama ini” katanya.

Tambahnya lagi, sebelum memilih menyambung pengajian disini beliau juga ada menilai beberapa universiti lain namun baginya UNISEL merupakan institusi yang menawarkan kos pengajian yang lebih berpatutan berbanding IPTS yang lain.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online