Buat julung kalinya, Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Sinar Harian dan WAN-IFRA telah berjaya mengadakan program Wacana Siri Ke 42 bagi mengupas isu-isu berkaitan media yang telah berlangsung di Kampus Shah Alam.

Sambutan yang amat menggalakkan dapat dilihat apabila Auditorium Lecture Theatre 2 penuh dengan Jemputan termasuk rakan-rakan media seperti Malaysiakini, Sinar Online, The Star, Malay Mail, Sin Chew Daily, Nanyang serta pelajar dan staf UNISEL.

Turut hadir pada program ini adalah pengamal media bebas, pelajar komunikasi serta orang awam yang berminat untuk melihat sendiri isu-isu berkaitan media ini dikupas oleh para panel. Wacana bermula jam 2.45 petang ini dikendalikan oleh personaliti TV, Amin Idris sebagai moderator.

Manakala panel terlibat pada wacana kali ini adalah Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kasir Jasin, Ketua Pengarang Projek MalayMail Online (MMO), Fathi Aris Omar, Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran UNISEL, Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim dan Bekas Pengarah Eksekutif South East Asian Press Alliance, Gayathry Venkiteswaran.

Antara topik hangat yang dibincangkan adalah kebebasan media, hala tuju dan peranan media dalam membentuk pemikiran masyarakat di negara kita. Seiring dengan itu, kejayaan penganjuran kali ini dilihat sebagai satu lagi nilai tambah buat UNISEL serta Sinar Harian sebagai rakan strategik selama ini.

Kehadiran pelajar dilihat sebagai sambutan yang cukup positif, Ini kerana, topik diskusi "Merdekakah Media Kita?" merupakan satu topik yang sememangnya mampu menarik minat pelajar-pelajar khususnya bagi mereka yang ingin memulakan profesion di dalam bidang kewartawanan.

Sebelum Wacana berlangsung, program dimulai dengan peluncuran buku penulis tersohor negara iaitu Ahmad Lutfi Othman. Majlis peluncuran telah disempurnakan oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL.

Seiring dengan tajuk wacana, beliau telah menghadirkan sebuah buku khas kewartawanan era baharu bertajuk "Lorong Sunyi Media Bebas" yang turut mengupas isu kebebasan media. Simbolik peluncuran ini disaksikan oleh seluruh tetamu jemputan program wacana pada petang ini.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online