Sederhana tetapi meriah, begitulah gambaran Ibadah Qurban di Kampus Bestari Jaya pada hari ini dengan lebih 100 warga UNISEL menghadiri Program Ibadah Qurban & Akikah bertempat di Masjid UNISEL. Majlis bermula sekitar jam 8 pagi turut dihadiri oleh Prof Dr. Mokhtar Abdullah, Timb. Naib Canselor Akademik, Penyelidikan & Jaringan Industri serta Prof. Dr Shaharuddin Badaruddin, Timb. Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti.

Dengan semangat kerjasama secara berpasukan sebanyak enam ekor sembelihan dikorbankan dimana sebahagian daripadanya diagihkan kepada golongan fakir miskin dan selebihnya dimasak untuk jamuan petugas serta tetamu yang hadir. Program tahunan ini diadakan bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dalam menunaikan perintah bagi menzahirkan ketaatannya kepada Allah SWT.

Ibadah qurban sangat dituntut dalam Islam, tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan Al-Quran dalam surah Al-Kauthar ayat 2 dan surah Al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah). Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Aidiladha, atau Hari Raya Qurban dan Hari-hari Tasyrik.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online