IJOK, 10 SEP 2016 – Warga Universiti Selangor (UNISEL) telah menjayakan Karnival Permainan Tradisi dan Buah Tempatan untuk meraikan 24 orang pelajar Lancaster University, United Kingdom yang telah hadir ke Ijok.

‘Mat Saleh’ yang datang jauh daripada benua eropah ini hadir selaku sukarelawan disebelah pagi sempena Kem Tahunan Bahasa Inggeris anjuran DUN Ijok bersama dengan ‘The Reading Bus Club’ dan Universiti Sunway.

Karnival yang dirasmikan oleh YB Dr. Idris Bin Ahmad, ADUN Ijok ini mendedahkan pelajar Lancaster University dengan tradisi Malaysia. Kehadiran mereka diraikan dengan aluan kompang Melayu dan alat muzik India serta disambut dengan tarian singa yang terkenal dalam komuniti Cina.

Para pelajar United Kingdom ini kemudiannya diperkenalkan dengan permainan tradisi termasuk tarik upih, baru seremban, congkak, ketingting, lastik getah, lompat tikus dan jalan atas tempurung kelapa. Majlis diakhiri dengan pesta buah-buahan tempatan seperti pisang, manggis, rambutan dan ciku.

Karnival yang dijayakan oleh seramai 42 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UNISEL ini adalah kesinambungan program Karnival Permainan Tradisional (KAPETRA) yang berlangsung di UNISEL Bestari Jaya awal tahun ini.

Karnival ini diketuai oleh tiga (3) orang pensyarah iaitu Timbalan Dekan CDFS, Dr. Hazeeq Azman serta pensyarah FESS, Cik Saturia Amiruddin dan Pn. Fazlina Hj Ismail. Berlangsung serba sederhana tetapi telah mencapai objektif utama untuk mempromosikan semula permainan tradisi kita.

Seperti yang diperkatakan oleh YB Idris dalam ucapan beliau, karnival ini dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada orang luar disamping memberi ruang buat para pelajar UNISEL dan komuniti Ijok berinteraksi dengan warga asing dalam bahasa inggeris. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi di masa hadapan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online