Universiti Selangor (UNISEL) buat julung kalinya berjaya menjuarai pertandingan “Test Design Competition 2016” bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pertandingan yang berlangsung selama dua hari bermula 30 hingga 31 Julai 2016 disertai 12 buah IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB) telah memasuki edisi ketiga dimana setiap peserta diminta menghantar perisian dokumen untuk diuji oleh pihak MSTB. Hasilnya, UNISEL, UTHM dan Uniten telah dipilih untuk dinilai sebagai juara pertandingan.

Pasukan UNISEL yang diketuai oleh Pensyarah Penasihat iaitu Dr Hema Subramaniam bersama empat orang pelajar seliaannya iaitu Mohammad Nizam bin Sirajudeen, Mohamed Ibrahim bin Seghu Mohamed, Muhammad Azwan bin Azman dan Norashiken Ibrahim telah berjaya mengungguli tempat pertama bagi Kategori Universiti.

Menurut Dr Hema Subramaniam, beliau berasa amat bangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh wakil dari UNISEL. Tambah mengembirakan, kerana ini merupakan penyertaan pertama dan telah berjaya menewaskan juara bertahan lantas muncul sebagai juara pertandingan.

Dr. Hema juga dalam pada itu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran serta Encik Puganes Kumar yang telah banyak membantu dan memberi sokongan kepada pasukan selama ini dan tidak lupa juga pihak pengurusan universiti yang sentiasa prihatin.

Pasukan UNISEL berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5000 termasuk sijil serta cenderahati pada majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 6 September 2016 bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online