Pendaftaran pelajar baharu kemasukkan Ogos 2016 berlangsung di Kampus Bestari Jaya dengan lancar. Rata-rata pelajar baharu yang di temui berpuas hati dengan proses yang dibuat. Pendaftarannya tidak mengambil masa lama, malah layanan yang diberikan juga mesra dalam membantu mempermudah prosesnya, kata mereka.

Dalam perkembangan yang sama, kesemua Ibubapa serta keluarga yang hadir menemani pelajar baharu juga turut diberikan taklimat oleh sekretariat pendaftaran pelajar dengan pelbagai maklumat tambahan supaya kesemua mereka lebih maklum akan kemudahan serta bentuk bantuan yang ada dan disediakan.

Tambah menarik, dikesempatan yang ada semasa sesi taklimat berlangsung, Prof. Dato' Dr. Mohamed Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) juga turut menyampaikan ucapan ringkas dengan mengalu-alukan kehadiran Ibubapa serta pelajar baharu ke universiti ini.

Terharu dengan sambutan yang diberikan kerana Ibubapa memilih UNISEL sebagai destinasi seterusnya anak-anak mereka menyambung pengajian, Prof. Dato' Dr. Mohamed Redzuan menerusi ucapannya, berjanji akan memberikan yang terbaik semampu yang boleh, baik dari sudut akademik mahupun pentadbirannya.

Beliau dalam pada itu, sempat berseloroh dengan kesemua ibubapa yang hadir untuk mencuba capaian Internet di Kampus Bestari Jaya. Ini kerana, sebanyak 500 AP wifi tambahan telah dipasang disekitar kampus, dan sudah pasti ini antara kemudahan asas yang sering dipertingkatkan demi memastikan kecemerlangan penbelajaran pelajar dapat dipertingkatkan, katanya.

Mengulas berkenaan pendaftaran, Azman Kamal, Pemangku Pengarah Pemasaran & Kemasukkan ketika ditemui menjelaskan jumlah pendaftaran setakat jam 12.00 tengahari cukup baik dan masih lagi dibuka. Tambahnya lagi jika dilihat 'trend' kemasukkan sebelum ini, akan ada pertambahan kerana 'walk in' bagi kemasukkan Ogos akan di buka sehingga 16 Sept 2016, katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online