Hanya sebuah IPTS biasa.. itulah pandangan pertama penulis sebelum melangkah sebagai pelajar praktikal di Universiti Selangor (UNISEL).

Namun setelah hampir enam minggu di sini, khususnya bertugas di Pejabat Komunikasi Korporat, kecemerlangan UNISEL sebagai institusi pendidikan semakin diketahui oleh penulis. Terkini di bawah kepimpinan Prof Dato' Dr Mohammed Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor baharu yang bermula pada 1 Januari 2016, perubahan yang dibawa beliau sangat menarik perhatian penulis dengan slogannya ‘Peneraju Transformasi’.

“Slogan itu dikemukakan kerana saya melihat adanya keperluan segera untuk membawa perubahan kepada universiti ini. UNISEL sebelum 1 Januari 2016 dan selepas 1 Januari 2016 merupakan dua era yang berbeza di mana era yang saya maksudkan adalah keadaan komunitinya dan warganya yang berusaha untuk membawa universiti ini ke arah kecemerlangan,” jelas beliau menerusi temu bual di akhbar Sinar Harian pada Mac lalu.

Maka antara transformasi yang dilakukan beliau adalah dengan mengadakan Program Keceriaan UNISEL di kedua-dua kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Setiap fakulti dan jabatan mendapat peruntukan sebanyak RM 5000 untuk menceriakan persekitaran fakulti dan jabatan masing-masing. Sebagai pelajar praktikal, penulis telah melakukan tinjauan serta wawancara berkaitan program ini dan secara peribadinya penulis sangat mengagumi transformasi tersebut.

Seperti kata-kata Prof. Dr. Abdul Shukor Hashim, Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka dalam wawancara bersamanya beliau menyimpulkan Pogram Keceriaan UNISEL ini merupakan idea yang bagus kerana beliau sendiri berpendapat untuk melahirkan graduan yang cemerlang ia tidak hanya dengan meningkatkan kualiti fasiliti bahkan persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Persekitaran yang menenangkan dapat merangsang para pelajar untuk menuntut di UNISEL tanpa tekanan.

Melalui program ini juga, penulis melihat kesungguhan seluruh warga UNISEL bekerjasama memerah idea dan menyumbangkan tenaga demi menjayakan tranformasi keceriaan ini. Misalnya di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, mereka sanggup meluangkan masa selepas waktu bekerja atau hujung minggu untuk menyiapkan projek keceriaan fakulti tersebut. Begitu juga di jabatan lain, ada yang mengeluarkan dana bersama-sama untuk penyediaan makanan dan minuman.

Akhirulkalam, walaupun hanya sebagai ‘orang luar’ penulis sangat teruja untuk melihat perkembangan UNISEL di masa akan datang. Penulis mendoakan UNISEL dapat menjadi salah satu institusi pendidikan yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak muda seterusnya menjadi ‘Peneraju Transformasi’ yang mengharumkan nama Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Nota ringkas sebagai penutup, terima kasih En. Hasril Abu Hassan, Pengarah Komunikasi Korporat serta abang dan kakak di Pejabat ini, InsyaAllah, banyak yang saya belajar sebenarnya.

NOR HABIBAH KUTIP
Fakulti Filem, Teater dan Animasi
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

(Students Practical)
Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Selangor (UNISEL)

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online