Pada 16 Julai lalu, Universiti Selangor (UNISEL) menerima 10 pelajar baru dari Kabupaten Rokan Hulu, Riau, Indonesia  yang mendaftar bagi mengikuti program peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun. Pendaftaran mereka dilakukan serentak di Kampus UNISEL, Shah Alam.

Kedatangan mereka ke Kampus UNISEL Shah Alam disambut oleh Naib Canselor Prof Dr Anuar Ahmad dan Dekan Pusat Pengajian Siswazah Prof Dr Mohd Nor Nawawi. Daripada 10 pelajar PhD ini, lapan adalah pensyarah dari Universitas Pasir Pengaraian Rokan Hulu, Riau manakala dua lagi guru. Semua pembiayaan pengajian mereka ditaja iaitu pemberian biasiswa sepenuhnya oleh kerajaan Indonesia.

Pengarah Institut Kajian Malaysia-Indonesia (Ikmi) Prof Dr Mohd Zaidi Hajazi, berkata pemilihan UNISEL berdasarkan kepercayaan dan kualiti bidang pengajian yang disediakan oleh UNISEL. Menurutnya, daripada 10 pelajar PhD berkenaan, empat orang akan mengikuti bidang Kejuruteraan, Pendidikan (2 orang), Sains Sosial (1), Bioteknologi (1), Teknologi Maklumat (1) da nPerniagaan  (1).

“UNISEL amat berbangga menerima pelajar PhD ini secara serentak dan ditaja biasiswa yang disediakan oleh kerajaan mereka. Pelajar ini akan mengikuti pengajian berupa pendedahan kepada Bahasa Inggeris dan cara menulis kertas cadangan tesis selama enam bulan di Kampus UNISEL Shah Aam. 

“Pada akhir tahun ini mereka akan pulang ke tanah air masing-masing untuk meneruskan kerjaya serta menghabiskan kajian penyelidikan PhD mereka dengan merujuk penyelia yang dilantik oleh UNISEL,” katanya.

Prof Dr Mohd Zaidi yang juga Pengarah Pusat Pengajian Luar dan Antarabangsa UNISEL berkata, menerusi Ikmi yang ditandatangani bersama kerajaan Indonesia pada Oktober 2007, seramai 75 orang pelaja rdari negara berkenaan sudah mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan PhD di UNISEL.

Kami berharap pelajar PhD ini akan menggunakann sepenuhnya peluang yang diperolehi untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengenggam segulung ijazah PhD di samping menyumbang meningkatkan tenaga sumber manusia berkemahiran tinggi.

Dua pelajar yang ditemui melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kerana diberikan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD di UNISEL.

Arrafiqur Rahman, 28, bertugas sebagai pensyarah Pengurusan Perniagaan di Universitas Pasir Pengaraian, Rokan Hulu, Riau,  berkatabeliau tidak akan melepaskan peluang yang diperolehi dan akan belajar bersungguh untuk mengenggam segulung PhD dalam bidang Perniagaan.

“Layanan yang diberikan UNISEL amat dihargai .Saya sudah beristeri dan tempoh tiga tahun tidak akan saya sia-siakan,” katanya.

Rise Karmila, 28, juga seorang pensyarah di Universitas Pasir Pengaraian pula berasa amat beruntung terpilih sebagai penerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat PhD beliau dalam bidang Sains Sosial di UNISEL.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online