Dengan termetrainya Memorandum Perjanjian yang telah ditandatangani di antara Universiti Selangor (UNISEL) bersama ‘Institute Of Learning’ (INSIGHT) pada hari ini maka secara rasminya UNISEL bakal melebarkan sayap dengan pembukaan Kampus Cawangan baharu di Dhaka, Bangladesh. Dan sebagai sebuah IPTS pertama di Malaysia yang berbuat sedemikian, sudah tentu perkembangan ini adalah satu yang cukup sihat dan mampu melonjakkan sinergi baharu universiti sebagai ikon ‘Peneraju Tranformasi’ ke peringkat lebih besar.

Majlis yang berlangsung secara sederhana ini telah diadakan di UNISEL, Kampus Shah Alam dengan ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammed Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL serta Prof. Dr. Syed Ferhat Anwar, Pengerusi INSIGHT. Manakala. bagi pihak kerajaan Bangladesh telah di wakili oleh Faisal Ahmed, Timb. Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia bagi menyaksikan majlis menandatangani MOA ini sebentar tadi. Turut hadir bagi menyaksikan majlis ini adalah pengurusan tertinggi diantara kedua-dua belah pihak.

Memorandun perjanjian yang telah ditandatangani pada hari ini ialah hasil daripada beberapa siri perbincangan sebelum diantara kedua-dua belah pihak termasuk beberapa kali lawatan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan penubuhannya. Dan ini termasuklah, Perjanjian Memorandun Persefahaman yang telah dimetrai di antara UNISEL dan juga INSIGHT pada 27 Nov 2015 bagi membuka lebih ruang perbincangan sehinggalah hasilnya dapat kita lihat pada hari ini.

Prof. Dr. Syed Ferhat Anwar, Pengerusi INSIGHT, ketika ditemui selepas selesai sesi memetrai perjanjian ini menyatakan dengan jelas bahawa beliau memilih UNISEL kerana telah memahami corak pentadbiran di sini, bahkan beliau secara khusus telah saling mengenali beberapa individu disini secara dekat dan ini telah menjadi asas untuk memorandum pada hari ini. Tambah beliau lagi, UNISEL adalah sebuah institusi yang cemerlang di negara ini terutamanya dengan beberapa inovasi secara besar-besaran dalam bidang saintifik.

INSIGHT mengambil keputusan, UNISEL adalah tempat di mana pihak mereka boleh meletakkan kepercayaan sepenuhnya kerana "kepercayaan adalah perkara yang paling penting" dalam kolaborasi seperti ini, katanya. Tambah beliau lagi, matlamatnya kini adalah untuk memastikan bahawa kampus UNISEL di Bangladesh akan menjadi lebih baik dari setiap sudut perancangannya dengan Fasa pertama adalah kampus sementara dan tujuh tahun selepas operasi akan berpindah ke kampus tetap pula.

Manakala, Prof Dato’ Dr. Mohammed Redzuan Othman pula berkata, UNISEL bukan sekadar memikirkan perkembangan bersifat lokal, tetapi harus mengembangkan sayapnya juga ke negara lain. Lebih mengembirakan, ini adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali yang mahu melihat pendidikan itu bukan hanya terbatas di Selangor sahaja, khususnya berkaitan dengan UNISEL. Pada masa yang sama, UNISEL seharusnya berkembang di persada antarabangsa sehingga universiti ini menjadi ‘hub’ pendidikan yang bersifat serantau dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Tambah beliau lagi, UNISEL memilih Bangladesh kerana peluang dan ruang di sana dan kebetulan pula kumpulan INSIGHT, sebuah syarikat MMC yang tersohor di Bangladesh, yang mempunyai focus menubuhkan sebuah institusi pendidikan bertujuan memberikan pendidikan kepada masyarakat di sana. Mereka mencari sebuah institusi di Malaysia yang boleh dipercayai dan mempunyai kemampuan mewujudkan kampus di sana dan berdasarkan kepada kriteria didapati UNISEL menepati kehendak dan keperluan mewujudkan kampus di sana walaupun sebagai IPTS tetapi didukung oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Apa yang dilakukan pada hari ini ialah sebahagian usaha membolehkan proses ini berjalan dengan lancar dan cepat, walaupun pada rancangan asal, operasinya pada September ini, tetapi kampus cawangan melibatkan dua buah Negara iaitu Malaysia serta Bangladesh dan ianya melibatkan Kementerian Pendidikan kedua-dua negara malah juga undang-undang. Oleh itu, proses ini memerlukan suatu penelitian yang bagus dan juga perundingan dan persetujuan bersama yang memerlukan masa yang lebih, dan insya-allah, jika semuanya berjalan dengan lancar, awal Januari 2017, pengajian dapat dimulakan di sana, katanya.

Antara program awal yang akan di bawa ke Bangladesh ialah Pengajian Perniagaan dan Perakaunan. UNISEL akan menyediakan pensyarah dan kurikulum, dan pada peringkat seterusnya, program yang boleh di perkembangkan adalah Teknologi Maklumat dan Kejururawatan. Ini adalah antara bidang-bidang utama yang menjadi tarikan. Semua ini akan menjadi realiti kerana INSIGHT mempunyai keyakinan bahawa UNISEL adalah sebuah universiti yang mendapat pengiktirafan AIA dan MIA. Sudah tentu kolaborasi ini mampu memberikan impak besar dari segi khidmat masyarakat dan kebolehpasaran graduan yang bakal di hasilkan nanti.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online