Tidak seperti dulu, puan Nor Hana binti Mansor atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ana, sebelum ini seorang yang cukup peramah bagi yang mengenali, tapi kini semuanya berbeza. Mungkin berikut kesan kerisauan melampau terhadap tahap kesihatan yang terpaksa ditanggung oleh Harraz Naufal Bin Shahron Nizam Arni, bayi lelaki yang baru dilahirkan April yang lalu.

Kak Ana mula berkhidmat di Universiti Selangor (UNISEL) semenjak di awal penubuhan tahun 1999 yang mana pada ketika itu masih di kenali sebagai Universiti Industri Selangor. Antara jawatan yang pernah di sandangnya ialah Pembantu Khas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan R&D), Pembantu Khas Naib Canselor dan terkini sebagai Penyelia di Pejabat Pemasaran dan Kemasukkan.

Berbicara soal karektor, di universiti Kak Ana dikenali oleh semua rakan sekerja sebagai seorang yang cukup ceria dan baik hati serta sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang memerlukan. Sikap beliau yang mesra menjadikan dirinya mudah dikenali serta didekati dan itu antara jawapan pasti jika diajukan pertanyaan tentang Kak Ana kepada yang mengenalinya.

Cuma kini, beliau sedang diuji dengan anak bongsunya daripada empat adik beradik mengalami 'Interstitial Lung Disease' iaitu symptom komplikasi pernafasan. Harraz Naufal, bayi lelaki comel ini semenjak dilahirkan hingga kini masih lagi berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan serta pemantauan yang rapi.

Maka itu, atas kesedaran tinggi terhadap kesukaran yang ditanggung Kak Ana serta keluarga, hari ini En. Hasril Abu Hassan, Pengarah Komunikasi Korporat tampil menyumbang alat bantuan pernafasan (Oxygen Concentrator) kegunaan anak Istimewanya, Harish Ar-Rizqin kepada Kak Ana. Turut diserahkan ialah 'SpO2 Machine' bagi memantau kadar oksigen Harraz Naufal apabila di rumah kelak.

Menurut En. Hasril, sumbangan ikhlas ini bukanlah bagi tujuan publisiti tetapi hasratnya mahu jadikan berita ini sebagai pemula atau pencetus kepada pihak lain untuk menyumbang pula jika ada. Ini kerana, Kak Ana memang tidak meminta akan tetapi dari info terdekat yang beliau perolehi, difahamkan keluarga ini mengalu-alukan bantuan buat Harraz Naufal atas dasar keperihatinan, katanya.

“Saya dan Isteri pernah tidur tak lena menjaga Harish Ar-Rizqin di ICU hospital selama hampir 3 bulan lamanya dan ini menjadikan kami cukup mengerti nilai penderitaan yang dialami oleh keluarga lain khususnya Kak Ana dalam situasi ini. Tabahlah Kak Ana, ingat segala yang berlaku ada hikmahnya, saya juga tidak pernah meyangka akan menjaga anak Syurga seperti Rizqin"

Mengulas lanjut perkembangan Harish Ar Rizqin sekarang, beliau menyatakan semuanya baik. Rizqin anak istimewa terlantar tetapi kehadiran ini membuatkan kami sekeluarga lebih istiqamah dalam setiap urusan. Kena dengan namanya 'Penjaga Pintu Rezeki' nampaknya sedikit sebanyak ada kebenarannya menerusi sumbangan alatan beliau kepada yang memerlukan, katanya.

“Rizqin adalah rezeki, dalam situasi kami sekeluarga tanpa kehadirannya sudah pasti saya tidak mampu menyiapkan Sarjana tahun lepas dan kini sedang bertarung dalam PhD pula dengan status masih 'lost'. Semua ini demi Rizqin dan keluarga kerana saya sedar harus menyediakan persiapan sebaik mungkin kepadanya sebelum saya menghembuskan nafas di Dunia ini, dan itu pasti"

Sementara itu, Kak Ana ketika menerima sumbangan ini kelihatan sebak dengan keperihatinan Pejabat Komunikasi Korporat, khususnya buat En. Hasril. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di universiti yang sentiasa bertanyakan khabar anak serta keluarga, tidak kurang juga ucapan terima kasih ditujukan buat sahabat yang melapangkan masa melawat mereka selama ini.

Diketika kos perubatan semakin meningkat selama berada di hospital, Kak Ana masih cuba mengukir senyuman buat sahabat yang melawat. Katanya, dia dan keluarga akan cuba mengatasinya demi Harraz Naufal kerana menganggap ini adalah ketentuan rezeki buat mereka. Tambah beliau lagi, Harraz Naufal adalah cukup istimewa kerana ini anak lelaki pertamanya dan mungkin sedikit kelainan anugerah buat mereka.

Demikian itu, buat sahabat mahupun teman seperjuangan di universiti yang ingin menyumbang seikhlas mungkin bolehlah berbuat sedemikian dengan menghubungi Kak Ana ditalian 019-262 1266 atau menyalurkan terus ke akaun CIMB 7603 723 074 atas nama Nor Hana binti Mansor. Akhirnya, Ingatlah ada ketika kita semua seperti tidak mempunyai masalah atau kesukaran, tetapi takdir Allah SWT tiada siapa yang mampu menduga.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online