Bermula dengan kunjung hormat pada 20 Januari yang lepas, hari ini semua butir kerjasama yang diperbincangkan dinoktahi menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Selangor (UNISEL) dengan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB). Ini merupakan bukti perkongsian kerjasama erat diantara kedua-dua belah pihak selama ini.

MoU ditandatangan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor serta Encik Shamsul Azhar Bin Mohd Yusof, Pendaftar, manakala CCSB pula ditandatangani oleh Encik Eddie Adrianto Ahmad Khodzali, Ketua Pegawai Eksekutif dan En. Soffan Affendi Aminudin, Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Incorporated (MBI) sebagai saksi penandatangan.

Objektif utama MoU yang dimetrai pada hari ini, antara lain adalah bertujuan meneroka ruang serta peluang publisiti kedua-dua pihak. Dalam pada itu, perjanjian persefahaman ini juga bakal menyediakan “platform” pertukaran kepakaran serta perkongsian hasil editorial dan kewartawanan untuk mengembangkan lagi info dan maklumat yang hendak disampaikan.

Sementara itu, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman menerusi ucapan alu-aluan, menganggap majlis yang berlangsung ini adalah satu sejarah bersama yang cukup bermakna. Tambah beliau lagi, pendekatan bertulis menerusi MoU ini mampu memberikan satu sinergi terkini yang boleh diterjemah menerusi komunikasi yang lebih berkesan dimasa akan datang kelak.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online