Pelajar Universiti Selangor (UNISEL) dirai oleh Pengurusan apabila beliau berjaya membawa pulang pingat gangsa acara ‘Ping Pong’ bagi kategori lelaki berpasukan yang telah berlangsung di kejohanan Asean University Games ke-18, di Singapura baru-baru ini.

Mohammad Hashri Fikri bin Mohamad Taufik, 20, merupakan pelajar UNISEL dalam jurusan Diploma Pengurusan Industri Sukan di Kampus Shah Alam. Beliau adalah seorang pelajar yang mempunyai perwatakkan cukup positif selama ini terutama apabila diberi amanah besar membawa nama Negara.

Kejohanan yang disertai beliau ini adalah merupakan lokasi himpunan atlet dan para profesional daripada Universiti - Universiti di seluruh Asean bagi menunjukkan kebolehan mereka secara spesifiknya menerusi 16 acara sukan yang dipertandingkan.

Majlis yang diadakan secara sederhana ini turut dihadiri oleh Y.B. Amiruddin Bin Shari, EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor serta pengurusan tertinggi yang lain.

YB Amiruddin Shari dalam ucapan beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohammad Hashri Fikri atas kejayaan yang telah beliau rangkul ini. Tambah beliau, Selangor antara Negeri yang menyediakan kemudahan asas terbaik, bahkan hampir setiap daerah mempunyai Stadium untuk digunakan.

Sementara itu, Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman ketika ditemui selepas majlis berakhir turut menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Mohammad Hashri Fikri. Menurut beliau lagi, kejayaan yang dilakar ini bukan sahaja memerlukan fasa latihan yang baik tetapi turut melibatkan persediaan mental serta azam yang tinggi.

Manakala, Mohammad Hashri Fikri pula dalam ucapan ringkas beliau sebentar tadi berasa cukup terharu dengan sambutan yang diberikan pengurusan universiti kepadanya. Tambah mengembirakan, apabila majlis yang diadakan ini turut mendapat perhatian YB Amiruddin Shari yang sudi melapangkan masa hadir pada petang ini.

Dalam perkembangan yang sama, Mohammad Hashri Fikri telah dianugerahkan dengan Plak penghargaan, Sijil serta sejumlah wang bagi menghargai kejayaan beliau merangkul pingat gangsa di kejohanan tersebut. Penyerahan telah disempurnakan oleh YB Amiruddin Shari di akhir majlis yang berlangsung di Kampus Shah Alam.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online