Seramai 28 peserta terdiri dari 17 lelaki dan 11 wanita telah menyertai delegasi pelajar Islam Kemboja ke Universiti Selangor (UNISEL) yang berlangsung di Kampus Shah Alam pada hari ini. Kunjungan ini adalah bersempena program ‘Future Muslim Leaders & Visit to Malaysia 2016’ yang dianjurkan oleh Union of Muslim Youth of Combodia (UMYC).

Objektif utama program adalah untuk memberi latihan dan pendedahan kepada belia Muslim yang terpilih untuk menjadi pemimpin masyarakat Islam di Kemboja pada masa hadapan. Kunjungan ini adalah projek pertama mereka adalah yakni Kepimpinan Lawatan Sambil Belajar ke Malaysia termasuklah kunjungan ke UNISEL ini.

'The Union of Muslim Youth of Combodia (UMY)' adalah sebuah pertubuhan Islam berkolabrasi bersama International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan beberapa pertubuhan lain sedang memulakan projek lima tahun proaktif untuk menyediakan latihan kepimpinan profesional dan rangkaian untuk pemimpin belia Islam di Kemboja.

Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti ketika menyampaikan ucapan, menyatakan pada era ini kepimpinan Islam sangat penting untuk transformasi sesebuah Negara. Penekanan elemen kepimpinan yang perlu dititikberatkan adalah ilmu yang meluas untuk mendepani geopolitik yang penuh dengan cabaran.

Kunjung hormat yang bermula sekitar jam 11.30 pagi ini telah berakhir kira-kira jam 1.00 petang dengan kedua-dua pihak saling bertukar-tukar cenderamata tanda penghargaan. Sementata itu, sebelum bertolak ke lokasi seterusnya, kesemua peserta telah di hidangkan dengan jamuan makan tengahari oleh pengurusan universiti.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online