Seramai 19 peserta (Webmaster) dari fakulti serta jabatan di Universiti Selangor (UNISEL) telah menghadiri 'Bengkel Menaik Taraf Laman Sesawang kali ke-3' anjuran Pejabat Komunikasi Korporat di Gold Coast Morib yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Penulis dan kesemua para peserta mula bertolak pada jam 2.30 petang dari universiti dan tiba ke destinasi kira-kira jam 4.00 petang.

Selesai urusan 'Chek-In' penginapan, penulis serta para peserta yang lain diberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan tentafif bengkel dari penganjur. Selepas itu kami semua dihidangkan dengan jamuan makan malam yang bermula jam 6:30 petang sehingga jam 8.00 malam dengan juadah cukup menarik. Terima kasih diucapkan.

Di sebelah malamnya, sesi pertama bengkel berlangsung di Dewan Carey dengan 'slot' pertama ialah taklimat bengkel oleh Encik Hasril Abu Hassan, Pengarah Komunikasi Korporat kepada para peserta. Selesai taklimat, maka module pertama pun dimulai dengan penekanan pertama terhadap 'Website Contents' serta 'Managing Administrator'.

Walaupun bermula agak lewat mungkin atas faktor keletihan, namun tidak memudarkan semangat penulis serta para peserta, ini kerana setiap module memerlukan fokus cukup tinggi. Mana tidaknya, kami semua mengakhiri bengkel pada hari pertama kira-kira jam 12.00 malam dengan penutupnya menerima cenderahati berbentuk tuala oleh pihak penganjur. Alhamdulilah.

*FOKUS PERLU TINGGI, MODULE PADAT BENGKEL BERMULA*

Hari kedua kursus berlangsung, para peserta sudah mula turun bersarapan seawal jam 7:00 pagi dengan pilihan 'buffet' menarik seperti nasi minyak, rendang ayam, bubur berlauk dan lain-lain lagi. Manakala kira-kira jam 8:15 pagi setelah selesai bersarapan, penulis serta kesemua peserta langsung ke Dewan Carey meneruskan bengkel.

'Managing Website Banner', 'Managing Website Media', 'Managing Website Staff List' serta 'Managing Website Footer' merupakan 4 module padat yang telah diharungi oleh penulis serta para peserta. Ini adalah bagi membolehkan kami mempunyai secubit masa untuk melakukan aktiviti bebas disebelah petang hari (acara di nanti).

Antara aktiviti menarik yang dilakukan penulis serta peserta lain adalah memanah, bermain roller blade serta menikmati panaroma pantai yang berhampiran dengan tempat penginapan kami. Aktiviti bebas ini secara tidak langsung dapat menghilangkan tekanan para peserta sepanjang bengkel berlangsung di samping ruang untuk kami menjalinkan kemesraan.

Hal ini dibuktikan apabila Puan Siti Zulaiha Tumiran, iaitu salah seorang peserta (Webmaster) ketika ditanya pendapat beliau mengenai penganjuran kursus kali ini menyatakan secara jujur bahawa bengkel kali ini lebih sistematik perancangannya berbanding tahun sebelumnya selain modul yang dikendalikan dapat difahami lebih mudah.

Bersambung bengkel disebelah malam, module seterusnya ialah 'Managing Website Menu' serta 'Additional Website Management Closing' yang juga berakhir kira-kira jam 12.00 malam. Tetapi penulis serta para peserta seperti tidak menghiraukan masa berlalu kerana masih menunjukkan minat yang tinggi terhadap apa yang sedang di pelajari.

Cuma sebelum keluar dari dewan bengkel, sempat penulis bertanyakan Encik Hasril Abu Hassan selaku penganjur akan objektif penganjuran pada kali ini. Ujarnya secara bersahaja, fokus adalah tertumpu untuk memastikan semua laman sesawang fakulti serta jabatan dengan 'template' baharu ini mampu memenuhi citarasa semua pihak.

Menurut beliau, paparan laman sesawang terlalu subjektif kerana tidak semua pihak mudah berpuas hati kerana kepuasan itu adalah sesuatu yang cukup kompleks. Situasi adalah berdasarkan pengalaman beliau semenjak di angkat menerajui Pejabat Komunikasi Korporat kerana sebelum ini laman sesawang bukanlah dibawah seliaan Korporat katanya.

Tambah beliau lagi, jika tidak keterlaluan, UNISEL adalah satu-satunya Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang menukar laman sesawang sebanyak dua kali dalam setahun untuk tempoh 3 tahun terkebelakang semenjak beliau menggalas amanah ini. Katanya, tugas ini bukan mudah tetapi memandangkan harapan tinggi pihak universiti maka beliau cuba sebaik mungkin.

Mengakhiri perbualan, beliau cukup berpuas hati dengan komitmen semua peserta kursus kali ini. Bagi beliau, semua peserta menunjukkan semangat cukup tinggi. Ini kerana kesemua 'webmaster' ini bukanlah diberikan elaun khas dari universiti, tetapi mereka mampu memberikan 150% komitmen tinggi dan sudah pasti perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup membanggakan, katanya.

*DEBARAN PEMBENTANGAN*

Masa bergerak begitu pantas, masuk hari terakhir bengkel berlangsung kini tibalah masanya kesemua peserta membentangkan 'progres' laman sesawang mengikut jabatan dan fakulti masing-masing yang bermula seawal jam 8:40 pagi. Ini bertujuan melihat secara obvisual perancangan awal peserta terhadap laman sesawang masing-masing.

Hasilnya, kesemua pembentangan menerima komentar dari En. Hasril Abu Hassan serta peserta yang lain. Ini demi memastikan laman sesawang lebih baik dari pelbagai aspek dalam memenuhi kehendak pengguna yakni masyarakat khususnya pelajar. Bengkel atau slot berakhir kira-kira jam 11.40 pagi dengan ucapan penutup oleh En. Hasril Abu Hassan selepas itu.

Akhirnya, secara keseluruhan pada pandangan penulis, kursus atau bengkel ini cukup berjaya. Ini kerana rata-rata peserta yang ditemui melahirkan perasaan berpuas hati dengan penganjurannya. Untuk itu, harapan serta doa penulis agar kesemua peserta (Webmaster) mampu menzahirkan laman sesawang terbaik Sept 2016 nanti, InsyaAllah kita sama-sama nantikan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online