Jika semalam sambutan Hari Raya Aidilfitri berlangsung di Kampus Shah Alam penuh warna warni, hari ini di Kampus Bestari Jaya juga tidak kurang hebatnya. Sambutan yang berlangsung di sebelah petang ini menyaksikan kerjasama pelbagai warga kampus dalam menyerikan gerai masing-masing.

Dan seperti biasa, Prof. Dato' Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor yang diketahui mempunyai jadual tugasan cukup padat sekali lagi melapangkan masanya untuk merasmikan dan seterusnya meraikannya bersama-sama warga Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya.

Sama seperti di Kampus Shah Alam semalam, ternyata juadah seperti kambing golek, sate, rendang, mee kari serta pelbagai lagi menjadi hidangan. Sambutan ini secara tidak langsung telah mengeratkan lagi silaturahim di samping menjalinkan kemesraan dikalangan warga universiti.

Manakala keputusan pertandingan dekorasi gerai tercantik, menyaksikan tempat pertama di menangi gabungan Fakulti Sains dan Bioteknologi, Pejabat Koperasi, Pejabat Naib Canselor serta Pejabat Timb. Naib Canselor. Tempat kedua pula Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan ketiga oleh Pejabat Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti.

Tidak dilupakan, pengiktirafan juga turut diberikan kepada pengawal keselamatan yang bertugas semasa hari raya Aidilfitri di Kampus Bestari Jaya dalam bentuk hamper. Dan acara yang menjadi debaran Insan terpilih iaitu pertandingan Pakaian Tercantik dimenangi oleh Puan Erma Syafie bagi kategori wanita dan bagi kategori lelaki pula dimenangi oleh Encik Raj Mohamad.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online