Seramai tiga orang pelajar Universiti Selangor (UNISEL) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan menyertai ‘University scholars leadership symposium’ yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam bermula daripada 1hb Ogos sehingga 7hb Ogos 2016. Mereka yang terpilih adalah Muhd Fakhrul Amiruddin bin Hamdan (Yang Dipertua), Qurratu ‘Anini bt Ali Mohamed (Naib Yang Dipertua) serta Nurul Aqilah bt Mahmud (Setiausaha). Penyertaan pelajar ditaja oleh Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi melalui peruntukan Dana Pengantarabangsaan dan turut dibiayai oleh Universiti Selangor

Simbolik perlepasan kesemua mereka telah berlangsung secara sederhana oleh Prof. Dato’ Dr. Muhammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor serta Prof. Dr. Shahrudin Badaruddin, Timb. Presiden & Timb. Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti di Kampus Shah Alam sebentar tadi. Turut menyaksikan acara simbolik ini adalah hadirin yang hadir ke ‘Siri Dialog Darul Ehsan – Turki Pasca Kudeta : Erdogan & Kuasa Rakyat’ yang berlangsung di lokasi yang sama.

Keperihatinan pihak universiti dalam memberi peluang kepada pelajar adalah demi mendedahkan mereka kepada program antarabangsa serta memberi peluang untuk membina jaringan antarabangsa dengan peserta dari negara lain. Selain itu, dalam pada masa yang sama turut mampu menaikkan nama UNISEL ke persada antarabangsa supaya lebih dikenali. Diharap dengan peluang yang disediakan ini mampu membakar semangat pemimpin muda untuk melakukan sesuatu sebagai respon kepada isu-isu kemanusiaan supaya mereka menyedari potensi diri sebagai agen perubahan.

Ini adalah penyertaan kali kedua UNISEL dalam program UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM , kali pertama UNISEL telah menyertainya di Hong Kong iaitu 6th UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM. Program 7th University Scholars Leadership Symposium (USLS) 2016 adalah satu simposium yang menghimpunkan lebih 1000 orang siswa siswi dari institusi pendidikan di seluruh dunia bagi membincangkan hal yang berkaitan kemanusiaan. Program ini dibentuk bagi melahirkan pemimpin muda yang berupaya dan mempunyai ketahanan terhadap cabaran terkehadapan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online