Siri Dialog Darul Ehsan pada hari ini menjemput Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) dan Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH dan Timbalan Setiausaha Agung UMW sebagai panel terhormat bagi membincangkan mengenai Turki Pasca Kudeta: Erdogan & Kuasa Rakyat. Dianggarkan lebih 300 hadirin memenuhi ruang LT2 di UNISEL, Kampus Shah Alam.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman memetik sebahagian daripada hasil tulisannya menceritakan mengenai sejarah Turki sebelum dan selepas pemerintahan Erdogan. Beliau menegaskan bahawa negara Turki ini mengamalkan 5 prinsip Kemalisme namun hanya menggunakan prinsip Sekularisme dengan lebih keras. Menurut perlembagaan 1937, Turki diisyhtiharkan sebagai negara sekular.

Katanya lagi, selepas pemerintahan Erdogan, Turki menjadi lebih baik sehingga menjadi negara ketiga yang berkembang pesat selepas China dan India. Perkembangan ekonomi di Turki dapat dibuktikan apabila mengikut senarai Forbes World’s Billionaires 2014, terdapat 43 billionair di Turki dan 37 orang daripadanya tinggal di Istanbul. Malah mata wang Turki turut berubah daripada 7 angka kepada 2 angka.

Manakala Tn. Hj,. Ahmad Azam Ab Rahman pula dalam syarahannya menegaskan Erdogan merupakan presiden yang terbaik untuk memerintah Turki. Hal ini kerana, semenjak pemerintahannya, Presiden Erdogan telah membenarkan pemakaian tudung kepala sejak September 2013 dan mengembalikan semula penggunaan tulisan Uthmaniyah dalam pembelajaran. Tidak dilupakan juga antara perubahan terbesar di Turki yang berlaku ialah laungan azan di Hagia Sophia pada 2 Julai 2016 selepas 85 tahun.

Dalam pada itu buat semua yang tidak berkesempatan hadir sebentar tadi bolehlah mengikuti siaran rakaman Dialog dengan melayari laman portal media unisel di http://media.unisel.edu.my/.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online