Ucapan sekalung tahniah kepada Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) , Prof. Dr Hj Anuar Bin Hj Ahmad yang telah menerima watikah Perlantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (JPAM)UNISEL pada “Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat Bersekutu dan Pegawai Kadet SISPA” di Universiti Tun Hussein Onn pada 27 Ogos 2013 yang lalu. Perhimpunan Kebangsaan KOR SISWA/SISWI Pertahanan Awam (SISPA) Kali ke-4 tahun 2013 di Universiti Tun Husseion Onn ini yang berlangsung dari 23 – 27 Ogos 2013 yang lalu, turut menyaksikan pentauliahan, 2 orang pegawai kadet SISPA dari UNISEL iaitu Kavimugilan Ganesan dan Nur Shamila Bt Isamuddin sebagai Leftenan Muda (PA). Sehingga ke hari ini, seramai 6 orang kadet SISPA UNISEL telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda (PA)

Selain dari itu, beberapa kakitangan UNISEL juga telah ditauliah sebagai Pegawai Bersekutu untuk melancarkan perjalanan SISPA UNISEL. Antara yang telah dilantik ialah, Leftenan Kolonel (PA) Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam, Ajutan Mejar Bersekutu (PA) Zulfikri Bin Mohamed Kamil, Mejar Bersekutu (PA) Dr Farahwahida Mohd, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Nazir, Kapten Bersekutu (PA) Latifah Bt Abdul Latif, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Hafiz Bin Rosli, Kapten Bersekutu (PA) Adzrin Bin Adam dan Kapten Bersekutu (PA) Norhayati Bt Abd Amin

Perhimpunan yang berlangsung selama 4 hari telah mengumpulkan semua pelajar Kor SISPA daripada semua IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Pelbagai program telah diatur sepanjang perhimpunan ini. Antara objektif KOR SISPA IPT adalah untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen terhadap golongan professional betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan Pertahanan Awam dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela. Semoga KOR SISPA UNISEL akan bergiat aktif sebagai Sukarelawan Pertahanan Awam demi Negara dan bangsa.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online