Universiti Selangor (UNISEL) meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kampus Shah Alam dengan penuh warna warni. Hadir merasmikan Majlis ialah Prof. Dato' Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor dengan diiringi oleh Pengurusan tertinggi yang lain.

Juadah hari raya berkonsepkan gerai dihias mengikut kreativiti setiap jabatan serta fakulti yang telah digandingkan secara berkumpulan di Kampus Shah Alam. Antara juadah yang menjadi tarikan ialah kambing golek, sate, rendang, mee kari serta pelbagai lagi.

Kemuncak majlis, adalah keputusan Pertandingan Dekorasi Gerai tercantik di mana tempat pertama dimenangi oleh Pejabat Bendahari manakala kedua dimenangi oleh gabungan tiga fakulti iaitu CFGS, CGS dan Art & Design dan ketiga oleh Fakulti Perniagaan.

Pengiktirafan juga turut diberikan kepada pengawal keselamatan yang bertugas semasa hari raya dalam bentuk hamper. Selain itu bagi Pertandingan Pakaian Tercantik dimenangi oleh Puan Fazilah (kategori wanita) dan Encik Zawawi (kategori lelaki).

Antara acara yang diadakan sepanjang majlis berlangsung adalah tarian zapin dan nyanyian lagu hari raya. Sambutan ini secara tidak langsung telah mengeratkan lagi silaturahim di samping menjalinkan kemesraan antara warga universiti.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online