Kasih Ambang Ramadan berlangsung sederhana dan menepati sasaran. Program kendalian Unit Jaringan Komuniti Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mendapat kerjasama baik dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sekinchan dan DUN Sungai Panjang yang merupakan lokasi berlangsungnya program ini.

Bermula dari sebelah pagi sehingga tengahari, program yang berlangsung di dua lokasi berbeza ini telah dirasmikan oleh Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timb. Naib Canselor UNISEL. Turut hadir semasa program berlangsung ialah YB Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan serta beberapa pegawai di pusat khidmat masyarakat.

Program dibawah cabang khas 'Cakna' UNISEL ini bertujuan menghulurkan sumbangan ikhlas kepada golongan asnaf dan fakir miskin di kedua-dua DUN dengan kerjasama ketua kampung setempat. Sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM50 dan bungkusan makanan bagi persiapan ramadan kali ini, disambut baik oleh penerima.

Seramai 45 orang sukarelawan yang terdiri dari para pelajar UNISEL terlibat secara langsung menerusi program ini. Ditambah pula dengan kehadiran 38 orang penunggang motorsikal Street Cub dan pelbagai motorsikal turut memeriahkan lagi acara dengan berkonvoi dari DUN Sekinchan ke Masjid Al.Huda, parit 13, Sungai Panjang.

Keseluruhan sukarelawan yang tampil bagi melancarkan perjalanan majlis, membantu warga emas serta mengiringi asnaf mengambil bantuan cukup bersyukur kerana diberi pengalaman bermakna ini. Sesungguhnya, pendedahan sebegini adalah bagi memupuk mereka khususnya pelajar erti semangat membantu masyarakat dan menghormati warga emas.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online