Yuran Asrama Kampus Bestari Jaya diturunkan berdasarkan semester pengajian, berikut merupakan kenyataan terkini YBhg Presiden & Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman ketika menyampaikan ucaptama perasmian Majlis Bacaan Ikrar Minggu Tekad Siswa Sesi Jun 2016.

Beliau ketika mengulas lanjut penurunan yuran asrama tersebut menjelaskan bahawa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat universiti. Tambah beliau lagi, UNISEL terpaksa melupakan soal keuntungan hanya semata-mata demi mengutamakan kebajikan pelajar, ini asas kewujudan universiti ini.

Manakala, kebanyakkan pelajar baharu yang bakal melanjutkan pengajian semester Jun 2016 di Kampus Bestari Jaya ketika ditemui, menzahirkan rasa terima kasih kepada YBhg Presiden serta seluruh pengurusan universiti. Keputusan penurunan yuran tersebut telah berkuatkuasa semenjak Mei 2016 yang lalu.

Majlis Bacaan Ikrar Pelajar bermula seawal jam 9.00 pagi, telah berlangsung di Dewan Utama, Kampus Bestari Jaya. Turut hadir ketika majlis berlangsung adalah pimpinan tertinggi universiti serta barisan pengurusan yang lain untuk diperkenalkan secara langsung kepada semua pelajar baharu Kemasukkan Jun 2016.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online